Bakal Tunai Umrah, Kak KM Dipuji Macam Bidadari Syurga Pakai Tudung

Perkongsian usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM dilihat tampil dengan imej bertudung mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Menerusi entri itu, Kak KM memaklumkan dia berhijab sebagai persediaan untuk menunaikan ibadah umrah tidak lama lagi pada Julai depan.

BACA: Kak KM Nak Upah Bodyguard Kacak, Suami Tak Bagi Sebab Cemburu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liana Rosli (@lianarosli_official)

Kak KM turut mengatakan dia menerima banyak mesej apabila netizen memuji kecantikannya apabila berhijab serta meminta orang ramai mendoakan untuk dirinya.

“Beribu DM masuk kata cantiknya macam bidadari syurga. Manalah tahukan, betul-betul memang nak berhijab. Doakanlah saya. Saya sebenarnya bertudung ni sebenarnya nak pergi umrah. InsyaAllah pada 7 Julai ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM tidak berkongi lanjut mengenai mengapa dia secara tiba-tiba mahu menunaikan ibadah umrah dan akan ceritakan kelak.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Kak KM apabila bertudung serta mendoakan agar dipermudahkan urusan Kak KM untuk menunaikan ibadah umrah.

SUMBER: mStar Online

×