Pelakon dan pengacara Amelia Henderson memberitahu dia dan aktor Aedy Ashraf tidak lagi menjalin hubungan cinta dan kini hanya berkawan.
Memetik Astro Gempak, Amelia berkata hubungannya dengan Aedy juga tidak lagi seakrab dulu serta mendoakan yang terbaik buat aktor itu.
BACA: Aedy Ashraf Tak Cemburu Sharnaaz Post Gambar Dengan Amelia Henderson
“Saya dan Aedy kawan, kami tak rapat macam dulu, kita dah kawan daripada jauh sebab mungkin timing tak sesuai dan saya rasa tak nak bercerita terlalu jauh pasal benda ini.
“Apa-apa pun kami sudah in seperated ways tiada apa yang saya boleh ulas cuma dia memang seorang aktor yang hebat dan saya doakan yang terbaik untuk Aedy, saya tak sabar nak tengok Projek Kahar yang akan keluar nanti,” katanya.
Sementara itu, Amelia berkata ‘masa’ antara sebab hubungannya dengan Aedy berakhir namun mereka tidak mengeluarkan kenyataan kerana hormat satu sama lain.
“Sometimes things end but not for dramatic reasons tapi sebab masa itu tidak bersesuaian. Sudah lama benda ini berlaku cuma kami tak keluarkan sebarang kenyataan sebab kami nak hormat each other,” katanya.
Sekitar April tahun lalu, Amelia dan Aedy kembali menjalin hubungan cinta. Aedy menyifatkan Amelia wanita paling istimewa di hatinya dan berharap hubungan mereka akan lebih serius.
SUMBER: Astro Gempak