Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok.
Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada Sabtu lalu telah diadakan sambutan rumah terbuka ‘IllumiRaya’ yang berkonsepkan cahaya bulan bersempena bulan yang mulia ini dan memperkenalkan produk terbarunya Lumina.
Rumah terbuka Kardinal ini turut menyajikan para tetamu yang hadir dengan menghimpunkan kumpulan pemuzik, serta artis-artis seni kreatif daripada pelbagai genre.
Antara artis yang terlibat seperti persembahan nyanyian dari otai rock Malaysia, Datuk Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search), kumpulan indie terkenal Midnight Fusic, penyanyi alternative pop Lunadira dan duo hip-hop Gard Wuzgut.
Selain itu, terdapat juga persembahan tradisional seperti persembahan silat dari JK Performance Studio, pasangan duo seni bunyian, Kicau-Bilau dan Jemput Dengar yang mengakhiri acara pada malam tersebut dengan set DJ yang dipenuhi dengan lagu-lagu vintage dari rantau Nusantara.
Serious, meriah! Persembahan kesemua artis ini juga turut disokong dengan visual langsung oleh artis AR eksperimental Tobu.
Kelihatan juga kelibat beberapa artis seperti Sharifah Sakinah, Cat Farish, Shikin Maembong yang serta dan berhibur pada rumah terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’.
Paling best spot OOTD pun ada seperti photobooth, dekor bercahaya oleh Seni Lab, dan pelbagai seni pemasangan interakitf dari Filamen.
Bukan itu sahaja, terdapat demonstrasi anyaman ketupat dan lukisan mural secara langsung oleh street artist Fritilldea.
Fuh! Ternyata, Kardinal bukan hanya sebuah jenama berhenti merokok tetapi menjadi tonggak utama dalam membawa seni, muzik dan teknologi dengan menggabungkan citarasa pengguna moden.
Kardinal turut melancarkan Raya Discovery Pack untuk Lumina yang eksklusif pada musim Raya. Paling menarik, setiap pek ini didatangkan dengan komponen AR apabila korang mengimbas QR yang tersedia di kotak.
Pengguna juga boleh sahaja pergi ke Instagram Kardinal untuk mencuba AR tersebut.
Apa yang best mengenai Lumina ini, kandungan nikotin hanya pada kadar 3% dan 5% sahaja bagi setiap flavor. Di mana ia boleh menjadi alternatif terbaik bagi para perokok dan tidak membuatkan ketagihan.
Menurut Pengarah Operasi Kardinal Industries (M) Sdn. Bhd. Erwin Teow, mereka ingin jadikan Kardinal sebagai salah satu produk alternative dalam membantu mengawal jumlah nikotin yang diambil setiap hari dan seterusnya pengguna dapat mencapai matlamat untuk berhenti merokok.
“Visi kami untuk menurunkan penggunaan nikotin harian dengan membantu seberapa ramai perokok dan pengguna vape untuk berhenti menggunakannya sehingga kosong gram nikotin,” katanya.
“Walaupun sukar bagi perokok untuk berhenti berbanding vape, namun ini adalah salah satu alternative untuk mencapai ke arah matlamat tersebut,” tambahnya lagi.
Kardinal Lumina ini juga didatangkan dengan reka bentuk yang slim dan ringan, selain itu turut tersedia lampu LED yang bakal menjadikan setiap sedutan korang lebih bergaya!
Bagi korang yang nak cuba Kardinal Lumina ini, boleh terus ke http://www.kardinalstick.com untuk dapatkan peranti Lumina dan KSpod Lumina anda sekarang.