“Bella Tak Lalu Makan, Dia Kurus Sangat” – Puteri Sarah

Puteri Sarah berkongsikan Bella Astillah tidak lalu makan dan mengalami perubahan fizikal yang ketara susulan kontroversi terpalig suaminya, Aliff Aziz yang ditangkap khalwat bersama Ruhainies.

Menerusi siaran langsung di TikTok semalam, Puteri Sarah berkata Bella masih tidak boleh terima dengan apa yang berlaku.

BACA: Bella Nekad Berpisah, Aliff Aziz Tak Muncul Di Mahkamah

“Bella masih tidak boleh terima apa yang terjadi. Dia tak boleh makan dan tidur. Dia kurus sangat,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah turut memohon orang ramai mendoakan Bella agar terus kuat dan dipermudahkan segala urusan.

Hari ini Bella Astillah hadir bagi sebutan kes perceraian dengan suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun, Aliff tidak hadir hari ini kerana mempunyai penggambaran dan sebutan semula kes pada 4 April depan.

SUMBER: Hib Glam

×