“Nak Cipta Keserasian, Tak Sangka Pula Dibawa Sampai Ke Rumah”

Salah seorang kru penerbitan yang hanya ingin dikenali sebagai Mr Z mengulas mengenai hubungan antara Aliff Aziz dan Ruhainies di lokasi penggambaran drama Terjerat.

Memetik Harian Metro, kru itu juga berkata pasangan pelakon itu juga mempunyai panggilan baby serta kelihatan lebih akrab berbanding dengan pelakon lain.

BACA: Ruhainies Ucap Selamat Berpuasa

“Hubungan mesra mereka di lokasi penggambaran yang kononnya untuk mencipta keserasian, tak sangka pula dibawa sampai ke rumah.”

“Kita selalu tengok pelakon terutama pasangan hero dan heroin ada cara mereka untuk mencipta keserasian watak seperti selalu berborak dan berlatih bersama. Malah ada juga yang tak perlu berbuat demikian tapi masih mampu memberikan hasil yang bagus. Tapi dalam kes mereka ini saya nampak lain macam,” katanya.

Kata Mr Z lagi, kru penerbitan ada menasihati Aliff agar tidak terlalu rapat dengan Ruhainies susulan kesnya terdahulu serta mendakwa kedua pelakon itu adakalanya duduk dalam kereta bersama.

“Kami ada berikan nasihat kepada Aliff supaya jangan terlalu rapat disebabkan kes terdahulunya, tapi dia beri alasan perlu berbuat demikian bagi bina keserasian bersama Ruhainies. Disebabkan itu, memang nampak kemesraan mereka. Kadang-kadang mereka duduk dalam kereta bersama, termasuk panggilan baby,” katanya.

Malah Mr Z berkata kedua pelakon itu juga pernah beberapa kali dilihat datang ke lokasi penggambaran bersama biarpun ‘call time’ mereka berbeza.

“Pada mulanya saya tak terfikir pun hubungan mereka sejauh ini. Saya ingatkan mereka profesional, tapi selepas apa yang berlaku, baru saya tersedar beberapa kejadian antaranya mereka pernah datang sekali ke lokasi. Pernah juga Ruhainies datang sama waktu dengan Aliff sedangkan ‘call time’ Ruhainies lebih awal.

“Lagi buat saya tak sangka apabila hubungan Ruhainies dan Bella di lokasi atau di luar juga baik. Jadi saya memang tak terfikir mengenai hubungan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Mr Z berkata tindakan Bella menarik diri daripada drama itu adalah satu keputusan yang bagus apatah lagi situasi antara ketiga-tiga mereka tidak sesuai untuk diteruskan.

“Dalam drama ini Bella melakonkan watak perampas suami kepada kakaknya yang dibintangi Ruhainies. Nanti akan ada babak Bella meminta maaf kepada Ruhainies. Jadi situasi ini mungkin tak sesuai pada masa sekarang jika diteruskan,” katanya.

SUMBER: Harian Metro

×