Hari ini hangat diperkatakan di media sosial apabila pempengaruh media sosial iaitu Alif Teega mengumumkan sudah bernikah lain dan perkara itu turut disahkan oleh isterinya, Aisyah Hijanah.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ramai meluahkan rasa kasihan dengan isterinya, Aisyah yang kini hamil lima bulan.
Terbaru, seorang lelaki dipercayai merupakan adik kepada Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni mendakwa Alif pernah memukul kakaknya. Malah, Amirul mendakwa ada bukti dari dashcam dalam kereta yang cuba dihapuskan.
Menerusi perkongsian di Instagram, lelaki itu turut mendedahkan nama wanita didakwa penyondol rumah tangga kakaknya.
Sementara itu, dalam perkongian lain, Amirul turut kecewa dengan sikap pempengaruh itu serta mendakwanya tidak setia serta memuat naik gambar Alif.