Anak-Anak Tak Tahu Puteri Sarah Kerja Apa

Pelakon Puteri Sarah mendedahkan anak-anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah tidak tahu mengenai pekerjaannya sebagai seorang selebriti.

Menerusi sesi siaran langsung, Puteri Sarah berkata dia merahsiakan mengenai kariernya agar anak-anaknya tidak mengambil kesempatan terhadap perkara tersebut.

BACA: “You Mengaku Sendiri Dekat Sini, Stupidnya” – Puteri Sarah Kenal ‘Mastura’

Menurut Puteri Sarah lagi, kedua-dua anaknya hanya tahu nama ibu bapa mereka sahaja namun tidak tahu bahawa mereka adalah selebriti.

@_norainibasre_

#binafshasweet #norainibasre #norainibasreshop #puterisarahliyana #syamsulyusof #yusofhaslam

? bunyi asal – Noraini Basre – Noraini Basre

“Saya tak nak anak-anak saya rasa bangga diri dan menganggap diri mereka istimewa serta ada kelebihan kalau mereka tahu bahawa ibu bapa dan datuk mereka adalah selebriti.

“Saya tak nak mereka tahu apa sebenarnya pekerjaan kami dan sehingga sekarang mereka masih tak tahu. Mereka cuma tahu nama kami sahaja,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan mereka memahami tindakan Puteri Sarah yang mahu kedua anak-anaknya itu menjlanai kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

×