“Mak Mentua Tidak Cepat Menghukum, Faham Kerja Saya”

Dikecam susulan perkongsiannya baru-baru ini kerana berpakaian seksi, pelakon Elisya Sandha meluahkan rasa syukur ibu mentuanya, Sheila Rusly memahami kerjayanya.

Memetik Astro Gempak, Elisya berkata ibu mentuanya juga bukan seorang yang cepat menghukum serta seorang yang terbuka.

BACA: Elisya Sandha Menangis, Mental Terganggu Tengok Anak Sakit

“Mungkin mak mentua faham sebab dalam industri yang sama dan tahu saya punya kerja. Bukannya selepas kahwin baru jadi macam tu, tidak.

“Sebelum kahwin lagi dia dah tahu saya punya kerja adalah sebegitu. Alhamdulillah mak mentua saya sangat baik, tak menghukum, dia faham kerja saya dan seorang yang sangat terbuka. Saya bukan wanita yang selalu berpenampilan seksi, Itu adalah tuntutan kerja untuk majalah,” katanya.

Dalam pada itu, Elisya berkata setiap perkongsian berkaitan kerja yang dimuat naik adalah ditetapkan oleh klien termasuk tarikh ianya dikongsikan.

“Saya perlu muat naik mengikut tarikh yang ditetapkan. Mereka dah susun lama setiap hantaran itu. Saya pun bukan seorang yang mempamaerkan kebaikan yang dilakukan. Apa yang saya dmuat naik di media sosial adalah kerana kerja,” katanya.

Terdahulu, Elisya dikecam susulan perkongsiannya dikatakan terlalu seksi dan tidak sensitif dengan isu pergolakan besar berlaku yang kini menjadi perhatian dunia.

×