Seorang kaunselor yang dikenali sebagai Redzuan tampil memberi teguran buat pelakon Puteri Sarah Liyana di didakwa keterlaluan apabila ‘mengusik’ bekas madunya, Ira Kazar.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Redzduan berkata meskipun kita diuji sepatutnya kita berterusan menjadi orang yang baik .
BACA: Puteri Sarah Dedah Ada Individu ‘Stalk’ Instagram Andi Arsyil
“Kita artis kena bagi orang faham mesej akhlak kita. Kita nak sampaikan konten untuk apa? Konten itu seolah cuba menghancurkan rumah tangga yang sedang terbina.
“Adakah kita nak balas dendam? Saya harap Puteri Sarah faham maksud saya ini. Walaupun kita diuji dan dikecam, kita terus jadi baik. Itulah akhlak Rasulullah.
“Harap konten-konten yang dibuat tidak bermaksud mencemburui ataupun mesej-mesej untuk membalas dan sebagainya. Bila saya menilai dan menonton, saya tanya apa maksudnya? Positi Puteri Sarah tidak seperti watak yang sebelum ini. Terus jadi baik menjadi watak-watak solehah. Jangan watak yang mengelirukan,” katanya.
Dalam pada itu, Redzuan berkata dia memohon maaf di atas video tegurannya secara terbuka itu serta telah pun menghantar mesej kepada Puteri Sarah.
“Ramai yang mengatakan kenapa tidak personal? Kenapa masuk campur? Ini adalah urusan campur tangan dan ramai peminat Puteri Sarah suruh saya buat konten untuk Ira Kazar.
“Saya minta maaf atas video itu. Niat saya berbeza tetapi apabila saya kaji semula, bila satu nasihat itu disampaikan kepada umum dan mungkin mereka tidak menerima, salah faham jadi sudah tidak harmoni.
“Bila tak harmoni, saya rasa macam mungkin saya perlu sampaikan secara personal. Saya terima teguran itu dan sudah menghantar DM kepada Puteri Sarah,” katanya.
Sementara itu, Redzuan turut menjelaskan dia menegur Puteri Sarah kerana dia dan isteri merupakan peminat kepada pelakon itu.
“Saya dah sampaikan maaf saya pada dia. Kenapa saya buat macam ini? Sebab saya meminati dia secara personal. Saya dan isteri minat dengan lakonan dia sebelum terjadinya kes dengan Syamsul.
“Buat apa saya nak buat konten Ira Kazar? Saya tidak mendalami dan mengenali dia. Saya hanya mengikuti Puteri Sarah. Melihat kerjaya saya, adakah saya ini menyibuk? Saya banyak kerja yang lain,” katanya.