Sejak Ahad lalu hangat diperkatakan mengenai kisah tular pempengaruh media sosial, Abang Tesla yang mengumumkan telah bernikah pun bernikah lagi.

Perkara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk pelakon Noorkhiriah yang mengulas mengenai perkara itu.

BACA: Noorkhiriah Sedih Semakin Ramai Buka Tudung

Menerusi perkongsian di Instagram, Khiriah berkata zaman dahulu lelaki yang menambah isteri pasti akan takut dan merahsiakan perkara itu selagi boleh namun kini perkara tersebut dijadikan sebagai kontent.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Menurut Khiriah lagi, meskipun dia tidak berada di tempat isteri pertama namun dia percaya pasti hati wanita itu terluka di atas apa yang berlaku.

“Zaman dulu kalau nak kahwin dua, tiga, empat punyalah takut. Simpan selagi boleh simpan. Zaman sekarang siap boleh buat konten, jangalah macam itu.

“Walaupun saya bukan duduk di tempat wanita itu (isteri pertama), tapi saya dapat rasa betapa retaknya hati dia sampailah nanti dia akan dapat satu kekuatan satu masa nanti untuk berfikir,” tulisnya.

Dalam pada itu, Khiriah turut menasihati kepada wanita diluar sana agar tidak mudah suka kepada lelaki yang bergelar suami orang lebih-lebih lagi yang kaya

Khiriah juga turut mengingati wanita yang menjadi isteri kedua agar tidak merasa bangga kerana disebalik perkahwinan itu ada yang menderita.

×