Dah Cerai, Zainal Abidin Jumpa Fyna Jebat Untuk Selesaikan Masalah

Bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin mengesahkan bahawa dia dan penyanyi, Fyna Jebat sudah sah bercerai sekaligus status perkahwinan mereka akhirnya terjawab.

Memetik video dikongsikan Astro Arena, menjawab perkara tersebut ketika menjadi tetamu dalam sebuah rancangan semalam, Zainal berkata dia dan bekas isteri berpisah secara baik namun tidak dedahkan lebih lanjut mengenai tarikh mereka bercerai.

BACA: Didakwa Keluar Makan Berdua, Fyna Jebat & Zainal Abidin Masih Bersama?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)

“Kami sudah berpisah secara baik,” katanya.

Sementara itu, Zainal turut mengesahkan bahawa dia ada berjumpa dengan bekas isteri keduanya itu di sebuah kedai makan baru-baru ini untuk menyelesaikan perkara berkenean perceraian mereka.

“Iya, itu memang saya. Saya jumpa bekas isteri kedua. Pergi makan berjuma ada benda nak selesaikan beberapa masalah,” katanya.

Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan Fyna dan Zainal keluar makan bersama sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai status hubungan mereka.

×