Pelakon remaja Qistina Raisah berkata dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menggenggam sebuah anugerah apatah lagi sudah mula berlakon sejak usia empat tahun.
Memetik mStar Online, Qistina bagaimanapun berkata dia percaya rezeki belum lagi memihak dirinya memandangkan ramai lagi pelakon hebat lain tidak memenangi anugerah.
BACA: Selalu Ponteng, Qistina Raisah Dibuang Sekolah Seawal Darjah Satu
“Saya sangat teringin (anugerah) tapi ia bergantung pada rezeki… ramai artis-artis hebat lain pun tak menang anugerah lagi.
“Bagi saya anugerah itu ibarat itu sahaja… macam tiada apa-apa, tapi kalau dapat Alhamdulillah, tak dapat pun tak apa sebab ia berbalik kepada rezeki,” katanya.
Dalam pada itu, Qistina berharap rakan artis yang sudah menerima anugerah tidak memandang rendah pada mereka yang belum berjaya.
“Tapi jangan hina orang tiada anugerah. Semua orang ada perasaankan? Siapa dah menang itu rezeki dia.
“Tak kisahlah dah menang anugerah atau belum, tapi setiap kali berlakon kita masih kena belajar lagi. Orang yang tidak berada dalam industri ini mungkin kurang faham mengenai perkara ini,” katanya.