fbpx

Pelakon Puteri Sarah Liyana berkata sambutan Aidilfitri tahun ini baginya lebuh gembira dan tenang apabila mahkamah menetapkan 18 April ini untuk Syamsul Yusof melafazkan cerai terhadapnya.

Memetik BH Online, Puteri Sarah meluahkan rasa syukur urusan perceraiannya dipermudahkan dan dia tidak berdendam dengan Syamsul.

BACA: Puteri Sarah, Syamsul Sempat Berbuka Puasa Bersama

“Syawal akan lebih gembira dan tenang, tahun ini. Apa yang penting, saya tidak mahu bermusuh dan berdendam, itu sahaja. Sebelum ini, banyak perkara yang tidak terjawab.

“Sekarang ini segala-galanya sudah terjawab, jadi saya hanya mahu ketenangan. Alhamdulillah, saya sudah menemuinya.

“Anak-anak tiada masalah beraya dengan bapanya. Jika Syamsul beri kerjasama, saya tidak akan menolak. Tiada apa nak bermusuh dan bergaduh. Semuanya selesai demi kebaikan anak-anak. Saya okay sahaja, tak nak lebih-lebih. Apa yang penting, Syamsul dapat jumpa anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata perbincangan bersama suaminya itu berlaku pada saat akhir semalam dan dia enggan memperincikan siapa yang hadir. Tambahnya, segalanya dipermudahkan berikutan bekerkatan bulan Ramadan.

“Berkat Ramadan dan solat tahajud segala-galanya dipermudahkan, hari ini,” katanya.