Sophia AlBarakbah Rindu Nak Berkuda, Tak Sabar Nak Habiskan Shooting

Sejak terpalit dengan kontroversi didakwa tersuka suami orang, apa saja perkongsian pelakon Sophia AlBarakbah pasti akan menjadi perhatian.

Terbaru, Sophia dilihat ada memuat naik gambar kuda di Insta Story miliknya serta meluahkan rasa rindu untuk kembali berkuda.

BACA: Lepas Gambar Berpeluk Di Wayang, Sophia AlBarakbah Kongsi Video Dalam Wad Pula

Sophia yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran mengatakan dia juga tidak sabar untuk habiskan penggambaran untuk kembali melakukan aktiviti kesukaannya itu.

Melihat perkongsiannya sebelum ini, Sophia sememangnya suka menunggang kuda, malah mempunyai kuda sendiri.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila penyanyi Bella Astillah mendedahkan ada pelakon wanita mengakui tersuka dengan suaminya. Malah, Aliff Aziz juga mengesahkan pelakon tersebut adalah Sophia AlBarakbah.

×