fbpx

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai hubungan pelakon Zarina Anjoulie dikatakan sudah terlerai dengan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey.

Meskipun tiada kenyataan rasmi mengenai perkara itu, namun kedua-duanya dilihat saling meluahkan perasaan di media sosial mengenai apa yang berlaku.

BACA: “Saya Masih Terkejut Dia Pakai Seksi Macam Tu, Saya Malu” – Khazrul

Malah, sebelum ini Zarina meminta agar bekas tunangnya itu untuk menjadi ‘gentleman’ serta menghubunginya untuk mahu menyelesaikan masalah mereka.

Zarina atau lebih mesra disapa Anju turut mendedahkan bahawa ego adalah punca hubungan mereka berakhir.

Dalam pada itu, turut menjadi bualan ramai apabila ada netizen mengatakan seperti ada yang tidak kena dengan bekas tunang Anju itu serta mempunyai banyak ‘red flag’ dan didakwa pernah berkahwin sebanyak 5 kali.

Tidak kurang juga, ada netizen turut menemui video lama majlis pertunangan dan perkahwinan Khazrul yang dimuat naik di YouTube serta video percutian di Iceland bersama seorang wanita.