Dituduh Scam Duit, Norreen Iman Akui Terlepas Pandang

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman apabila didakwa tidak melangsaikan tugas membuat ulasan produk selepas wang bayaran diterima.

Menerusi pendedahan yang dibuat di Twitter itu, Norreen didakwa menerima bayaran RM80 untuk membuat ulasan berkenaan pada 2018 namun tidak dibuat hingga sekarang.

BACA: Norreen Kongsi Foto Mesra, Luah Rasa Cinta Pada Suami

Tidak hanya berdiam diri, Norreen mengakui namanya menjadi bualan ramai di Twitter serta memberitahu pada tahun tersebut dia berdepan komplikasi kehamilan.

“Tiba-tiba nama naik kat Twitter… itu pun sebab ada orang beritahu, aku memang tak main Twitter. Pasal review nyah.. tahun 2018, tahun komplikasi mengandung. Tahun kelahiran Eshan, komplikasi betul anak paling besar, bedah perutnya,” katanya.

Bagaimanapun, Norreen mengakui kesilapannya kerana terlepas pandang melangsaikan tugas tersebut dimana ketika itu dia banyak mengambil tawaran review.

“Yang jenis RM80 punya review, mak (saya) terlupa.  Dia macam katanya barang dah hantar. Jadi mak baca DM macam pelik, benda apa tu? Aku memang betul-betul tak ingatlah,” katanya.

Dalam pada itu, Norreen turut meminta individu berkenaan menghantar mesej kepadanya supaya dia boleh membuat bayaran semula dan mana-mana yang dia terlepas pandang.

“DM saja kita… ada saja sebelum ini orang DM tahun 2018 ke 19 ke yang aku terlepas pandang, kita bayar saja. Yang RM100, awak punya yang RM80, DM saja kita bayar,” katanya.

×