fbpx

“Semua Lagu Saya View Berjuta, Itu Tandanya Saya Banyak Peminat”

Perkongsian usahawan konterversi, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian apabila memaklumkan bakal mengadakan konsert sebagai tanda penghargaan kepada peminat.

Menerusi satu entri di Instagram, Aliff berkata semua lagunya mendapat jutaan tontonan dan itu menandakan dia mempunyai ramai peminat.

BACA: Lagu Raya Aliff Syukri Trending No 1 Di YouTube, Cecah 1.7 Juta Tontonan

“Nantikan konsert @aliffsyukriterlajaklaris. Disebabkan semua lagu saya view berjuta-juta. Itu tandanya saya banyak peminat itu anda tak boleh nafikan. Sebab tu saya rancang nak buat konsert dan cari sponsor,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aliff turut memberi bayangan harga tiket konsert yang akan dijual serta peminatnya berpeluang untuk beramah mesra dengannya.

“Harga tiket seorang paling murah RM150 paling mahal RM10,000 boleh duduk depan pentas dengan saya, menyanyi live dan bergambar dengan saya sambil dengar lagu #kelepokraya. Siapa nak beli tekat saya kena booking awal-awal takut sold out,” tulisnya.

Seperti sudah dijangka perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabila ada yang meninggalkan komen sindiran.