Bercakap tentang peranti terbaik, citarasa yang ditetapkan bagi setiap individu adalah berbeza kerana ia bergantung kepada keperluan masing-masing.
Tetapi dalam mendapatkan sebuah telefon pintar, pastinya sebagai pengguna dambakan telefon pintar yang penuh dengan gaya, berspesifikasi tinggi, dilengkapi dengan keupayaan kamera yang hebat. Walau bagaimanapun, telefon pintar seperti yang didambakan sering kali hadir dengan harga yang premium.
Jangan risau kali ini, HUAWEI nova 9 SE berjaya tarik perhatian anak muda dengan tampil berbeza daripada kebiasaan di samping menawarkan sebuah pakej lengkap serta hadir dengan harga yang sangat mampu milik. Ayuh ketahui apa yang menariknya mengenai model HUAWEI ini.
Terus ke ‘nova’ Dengan AppGallery
Kamera Kuad AI 108MP serba baharu pada HUAWEI nova 9 SE menawarkan pengalaman fotografi yang luar biasa dan dilengkapi dengan Super Display 1.08mm dan fungsi SuperCharge 66W.
Disokong oleh AppGallery, pengguna HUAWEI nova 9 SE dapat menikmati tawaran aplikasi yang sentiasa berkembang untuk menerima kehidupan yang dipertingkatkan melalui inovasi teknologi.
AppGallery telah berkembang menjadi salah satu daripada tiga pasaran aplikasi teratas di seluruh dunia dan memberi perkhidmatan kepada lebih 580 juta pengguna aktif bulanan merentasi lebih 170 negara dan wilayah. Pada tahun 2021, AppGallery telah mencapai 432 bilion muat turun global, dan di Malaysia, sehingga 98% daripada aplikasi yang paling banyak digunakan tersedia dalam AppGallery dan Petal Search.
Kini, AppGallery meningkatkan lagi semangat “nova” telefon melalui satu siri aplikasi penting dan gaya hidup yang tersedia di platform untuk golongan muda menjalani gaya hidup aktif, bertenaga dan maju.
Telefon Pintar Mesra Vlogging
Khusus buat yang gemar membuat vlog atau sekadar merakam sebarang momen, HUAWEI nova 9 SE sedia membantu dalam merakamkan secara serentak menerusi kamera hadapan dan juga belakang sekaligus membolehkan korang menghasilkan sebuah video dari dua sua sisi berbeza tanpa sebarang suntingan.
Selain itu, korang juga berpeluang menggunakan aplikasi HUAWEI Petal Clip yang disertakan dengan pelbagai template dan muzik dalam membantu pengguna menghasilkan vlog yang lebih menarik untuk dikongsikan di media sosial.
Jangan tak tahu, boleh membuat penyuntingan video melalui CapCut, InShot, Piscart, PhotoEditor dan BeautyPlus untuk melengkapkan rakaman video korang.
Rakam Setiap Momen Dengan Aplikasi Sosial
Dengan nova SE korang boleh merakam detik manis dengan kamera beresolusi tinggi 108MP dan berkongsi di aplikasi media sosial seperti Bigo Live, Snapchat dan TikTok. Korang juga boleh terus berhubung dengan rakan melalui aplikasi pemesejan sosial – LINE, WeChat, Telegram dan banyak lagi! Nak muat turun Facebook, Twitter atau Instagram? Cari jer dalam AppGellery semua ada!
Layan Movie Dengan Penuh Keselesaan
Zaman sekarang jarang dah orang nak pergi wayang layan cerita, dekat phone kan semua ada. Jadi dengan HUAWEI nova SE ni korang boleh layan movie korang dengan tatapan skrin yang paling selesa.
HUAWEI nova 9 SE kali ini hadir dengan skrin 6.78-inci dengan sokongan HUAWEI FullView Display yang meliputi 94.85% bahagian hadapan skrin. Dalam erti kata lain, korang berpeluang menonton skrin model ini tanpa sebarang gangguan bezel dan sebagainya.
Tingkatkan Kecekapan Dengan Aplikasi Produktiviti
Dengan ciri SuperCharge 66W, HUAWEI nova 9 SE menawarkan pengecasan pantas dan cekap kepada pengguna dalam masa 36 minit sahaja. Terdapat juga apl yang boleh meningkatkan kecekapan dan produktiviti, contohnya, Microsoft Office Gspace dan pejabat WPS untuk menyelesaikan lebih banyak perkara dengan cara yang cekap.
Boleh Membeli Sesuka Hati
Dengan hanya satu ketukan pada telefon pintar, korang boleh membeli semua yang korang inginkan daripada aplikasi beli-belah seperti Lazada, Shopee dan Taobao. Terdapat aplikasi e-belanja khusus yang boleh didapati daripada AppGallery, seperti Zalora untuk barangan fesyen.
Terokai Aplikasi Kegemaran Daripada AppGallery
Kini korang boleh memuat turun aplikasi kegemaran dengan hanya menggunakan AppGallery. Ada pelbagai aplikasi menarik yang ditawarkan menerusi AppGellery.
Kalau korang nak tahu AppGallery ialah platform pengedaran aplikasi rasmi HUAWEI, dan salah satu daripada 3 gedung aplikasi teratas di dunia. Sebagai pengguna, korang boleh mencari dan memuat turun aplikasi mudah alih yang dipilih dan nikmati pelbagai hadiah eksklusif, rebat, kupon dan keistimewaan VIP merentas pelbagai kategori termasuk permainan, sosial, pendidikan beli-belah, gaya hidup dan fesyen.
Kini, kebanyakan aplikasi tersedia di AppGallery, menyediakan pengguna tempatan mudah akses kepada aplikasi popular termasuk Shopee MY, Lazada, Touch ‘n Go eWallet, Grab SuperApp, Maybank2u MY, TikTok dan banyak lagi melalui platform ini. Peminat permainan mudah alih juga boleh mencari permainan popular daripada AppGallery, termasuk Garena Free Fire, Mobile Legend Bang Bang dan banyak lagi, untuk menjadi yang pertama mengalami keluaran baharu dan menikmati promosi eksklusif dalam permainan.
Jangan lepaskan peluang korang untuk terokai dunia AppGallery yang kini memenuhi sebahagian besar keperluan harian pengguna. Pada masa ini HUAWEI nova 9 SE dan HUAWEI Matepad 10.4 (Baharu) sedang berjalan pada HUAWEI AppGallery dan pengguna boleh memuat turun aplikasi kegemaran yang terdapat di Malaysia. Layari laman HUAWEI Experience Store untuk ketahui dengan lebih lanjut.
HUAWEI nova 9 SE kini boleh didapati pada harga RM1,099. Jangan tak tahu, HUAWEI nova 9 SE adalah salah satu Telefon Pintar RM1000 terbaik di pasaran sekarang. Hadiah Percuma bernilai RM 181* kini menanti korang.
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai AppGallery, layari laman rasmi ini.
*Tertakluk Terma & Syarat