Menerusi perkongsian terbaru, pelakon dan usahawan Datin Fouziah Gous menzahirkan rasa syukur apabila berpeluang khatam Al-Qura sekali lagi buat tahun ini.
Berkongsikan kegembiraan itu buat pengikutnya, Fouziah berkata dia mahu mengabdikan kejayaannya itu sebagai kenangan buat dirinya.
BACA: Fouziah Gous Berjaya Khatam Al-Quran Kali Kedua Di Bulan Ramadan
“Dengan izin ALLAH SWT selesai khatam yang pertama untuk tahun 2022 (simpan untuk kenangan),” tulisnya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan pelakon itu.
Terdahulu, Fouziah pernah berkongsikan dimana dia berjaya khatam Al-Quran pada hari Nuzul Al-Quran tahun lalu.