Baru-baru ini, pelawak Harith Iskander ada memuat naik klip video stand up komedinya membincangkan secara sinis mengenai perbezaan servis lapangan terbang di negara Malaysia dan Singapura.

Harith berkata servis di lapangan terbang Singapura beroperasi penuh meskipun mempunyai 20 kaunter namun di Malaysia mempunyai bilangan kaunter yang sama namun hanya 2 kaunter sahaja dibuka.

BACA: Harith Iskander Mohon Maaf Persoal Peranan ATM

Video dikongsikan Harith itu ditegur oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud di laman Twitter.

Khairul Dzaimee dilihat membalas Tweet Harith itu dengan menulis ‘Misleading’ dimana maklumat diberikan adalah salah.

 

Terdahulu, perkongsian Harith itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut menceritakan pengalaman mereka berurusan di kaunter lapangan terbang seluruh Malaysia.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan jenaka pelawak itu serta meminta Harith supaya lebih berhati-hati ketika menyampaikan lawak kerana bimbang mencemarkan nama mana-mana pihak.

Sementara itu, ada netizen berkongsikan Singapura berada di belakang Malaysia dalam World’s Best Airport Immigration Service 2021. Menerusi carta tersebut Malaysia berada di kedudukan tempat ke-4 manakala Singapore Changi di kedudukan ke-5.

×