fbpx

“Apa Kaitan Hairul Dengan Vincent Tan? Selalu Ada Sekali” – Netizen

Bertuahnya pelakon Hairul Azreen, sebelum ini berpeluang menaiki kapal mewah kemudian menjadi tetamu Tan Sri Vincent Tan menaiki jet peribadi.

Baru-baru ini perkongsian Hairul menjadi perhatian ramai apabila menerima beberapa keping sampul  sempena Tahun Baru Cina darpada jutawan itu di pejabat milik ahli perniagaan tersebut di Berjaya Corporation Berhad.

BACA: Selepas Kapal Layar, Hairul Azreen Diajak Vincent Tan Naik Jet Peribadi Pula

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan hubungan rapat Hairul dengan jutawan terkenal itu apabila sering dilihat bersama.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menyifatkan Hairul sekeluarga bertuah dan merupakan rezeki mereka kerana dapat mengenali jutawan itu dengan lebih rapat.