fbpx

Kongsi Video Mesra Dengan Kekasih, Netizen Suruh Janna Nick Cepat Kahwin

Hubungan cinta antara pelakon Janna Nick dan kekasihnya, pelakon Dini Schatzmann bukan lagi rahsia. Malah, pasangan itu juga tidak lokek berkongsikan momen bahagia mereka di media sosial.

Baru-baru ini, Janna ada memuat naik perkongsian kompilasi foto dan video bersama kekasihnya imbasan sepanjang tahun 2021.

BACA: Baru Menang Bintang Paling Popular, Janna Nick Terkangkang Pula Dah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Janna turut sertakan kapsyen pada entri tersbeut, bukan hanya sepanjang 2021 sahaja tetapi Dini telah ‘terikat’ bersama dengannya.

Bagaimanapun, aksi mesra pasangan itu yang dipaparkan dalam kompilasi tersebut mengundang rasa kurang senang netizen yang meminta supaya mereka segera menghalalkan hubungan.

Bagaimanapun, aksi mesra pasangan itu yang dipaparkan dalam kompilasi tersebut mengundang rasa kurang senang netizen yang meminta supaya mereka segera berkahwin.

Malah, ada yang memberi nasihat kepada Janna supaya menunjukkan contoh yang baik memandangkan dia seorang selebriti.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan hubungan ‘haram’ sememangnya seronok namun bimbang apabila sudah berkahwin kelak akan cepat bosan.