Sejak musibah banjir melanda negara Sabtu lalu, rakyat Malaysia tidak berhenti menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dari pagi sampai malam.

Sememangnya sebak melihat apabila semua rakyat tidak mengira bangsa dan agama memberikan sumbangan serta sanggup datang dari jauh untuk menyelamatkan mangsa yang terkandas.

BACA: Fazley Yaakob Tersingkir, Netizen Kata Akhirnya Dapat Tidur Lena

Dikesempatan itu, chef selebriti, Dao’ Fazley Yaakob turut memberi pesanan di Insta Stroy kepada pihak yang tampil untuk memberi bantuan.

Kata Fazley, tidak salah untuk membantu mangsa banjir tapi tidak perlu buat Live atau pun post di media sosial bimbang ianya menjadi riak.

Dalam pada itu, Fazley turut memberi pesanan jika untuk memberikan makanan elakkan makanan berkuah atau bersantan kerana boleh cepat rosak.

Diakhir perkongsian itu, Fazley turut meinta jika beri bekalan makanan supaya disediakan di dalam bekas yang mudah dimakan dan disertakan sekali susu dan garfu.

×