Ehem! Tengah fikir nak beli barang yang sesuai di rumah atau ofis ke tu? Kami pasti selepas pasca pandemik ini, banyak ofis dibuka dan mula beroperasi semula kan? Tak kurang juga yang sambung bekerja di rumah. Lebih selamat dan selesa katakan! Hehe.
Bila kita ni dah mula hidup bersama pandemik COVID-19 ini, persekitaran bekerja pun tak macam dulu dah. Banyak SOP yang kita kena patuhi. Berubah sikit lah dari dulu, betul tak?
Kalau sebelum ini bekerja dari rumah tu dianggap masih “tidak biasa” di antara kita tapi tengoklah sekarang, sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB), kita “dipaksa” bekerja dari rumah. Hinggakan kita dah boleh terima dan adapt pun budaya bekerja dari rumah ini.
Bukan itu jer, kita pun kena tahu juga lah barang apa yang sesuai untuk diletakkan di rumah dan juga ofis tu. Ye lah nak sesuaikan diri dengan gaya hidup pasca pandemik sekarang ini kan. Since dah lepas PKP, sekarang dah boleh buat renovation atau pindah rumah baru, so boleh beli perabot atau barangan elektronik baharu.
Barang Sangat Selesa!
Apa yang kami kagumi sangat, SHARP ada mengambil inisiatif untuk hasilkan barangan elektronik berjenama milik mereka yang sesuai untuk gaya hidup ketika pasca pandemik sekarang ini. Fuh, pantas betul bertindak!
Mana tak nya, peralihan gaya hidup kita sekarang ini dah berbeza. Kalau sebelum COVID-19, lebih ramai suka keluar rumah tetapi sekarang ini, ramai yang suka duduk rumah lagi. Possible juga untuk anda mempunyai produk elektronik rumah yang lebih baik supaya tinggal di rumah dengan selesa.
Kena pula hujung-hujung tahun ni, faham-faham jelah uols, banyak sales kaw-kaw yang ada! Alah, anda pun mesti dah dapat ‘hidu’ kan? Hehe…
Produk Mampu Milik
Ketika COVID-19 melanda global, tak dapat dinafikan perniagaan dan ekonomi terjejas. Dan disebabkan ini, Sharp menawarkan siri produk baharu mampu milik dengan diskaun istimewa/PWP untuk meringankan beban pembelian anda. Dengan Promo Akhir Tahun ini, semua orang boleh memiliki produk rumah elektronik.
Serius kami cakap, sempena Mega Sales SHARP kali ini juga, produk baharu ini boleh membantu anda menyesuaikan diri dengan gaya hidup pasca pandemik selain menawarkan pengalaman yang lebih baik dan praktikal kepada anda dalam meningkatkan kualiti hidup ketika ini.
Apa yang paling menarik, gabungan teknologi inovatif dalam produk Sharp ini juga membuatkan anda lebih selesa dan fokus dalam membuat kerja. Kualiti produktiviti kerja mencanak naik lah. Ye dak?
Antara Produk ‘Panas’
Paling awesome, sekarang ini ada diskaun sehingga 70% untuk beberapa produk elektrik Sharp sekiranya anda melakukan belian atas belian (PWP). Macam yang kami beritahu di atas tadi tu lah. Kalau nak tahu lebih lanjut baca sampai habis artikel ini. Nanti kami bongkarkan!
Sebelum tu, jom kita tengok dulu produk ‘panas’ yang anda mesti miliki ini! Usha di bawah:
1. TV Aquos The Scenes 4K, yang menyokong semua peranti permainan yang mempunyai ciri serasi dengan Android 11.
TV ini juga dilengkapi dengan teknologi Deep Chroma Display Pro terbaru Sharp untuk pengalaman visual yang benar-benar nyata apabila anda menonton kandungan penstriman video berkualiti tinggi nanti.
Sementara itu, produk visual audio utama Sharp yang dikeluarkan baru-baru ini – Aquos The Scenes 8K TV turut menampilkan pemproses Definisi Ultra-Tinggi 8K dan HDR yang dipertingkatkan untuk imej nampak lebih realistik!
Amacam gais? Padu kan. Ada lagi…untuk barang dapur pula, anda boleh tengok di bawah.
2. Sharp Mega Freezer Pelican ini memaksimumkan kapasiti penyimpanan sambil memastikan makanan anda lebih segar dan tahan lebih lama.
Bukan itu jer, ia juga dapat mengelakkan pencemaran dengan Teknologi Plasmacluster Ion (PCI) selain dapat menjimatkan tenaga sebabnya ada J-Tech Inverted.
Kemudian, ada pula produk ini!
3. Sharp Microwave yang cantik bergaya ini serta dilengkapi dengan seramik dan bahagian dalam yang luas ini sangat fleksibel dan memudahkan kerja anda untuk membersih.
SHARP Malaysia juga telah memperkenalkan mesin basuh muka hadapan yang canggih ini.
4. Sharp Pro-Flex yang memanfaatkan Teknologi PCI untuk menghapuskan bakteria, dan alergen dengan berkesan untuk semua fabrik.
Selain itu, mod Cuci Udara Kering yang unik membolehkan cucian kering cepat untuk membunuh kuman atau virus serta dapat menghilangkan bau. Siap menang Anugerah Reka Bentuk IF 2021 lagi tau. Ia juga merupakan mesin basuh PCI pertama yang dilancarkan oleh jenama itu di Asia Tenggara. Power betul!
Satu lagi item penting yang mesti ada di semua rumah adalah
5. Pembersih Udara Sharp Plasmacluster untuk memberikan persekitaran yang lebih bersih, dan sihat.
Malah, Teknologi PCI telah menunjukkan keberkesanannya dalam mengurangkan bawaan udara sebanyak 91.3% virus coronavirus dan mengurangkan coronavirus novel (termasuk varian) yang melekat pada permukaan sebanyak 99.4%.
Teknologi PCI juga ada dalam produk ini
6. Sharp Air Cond dan Plasmacluster Ion Generator mudah alih baharu yang dipertingkatkan, serta menawarkan ketumpatan ion tinggi sehingga 90,000 ion untuk memastikan udara yang dihirup bersih dan selamat!
Diskaun Sehingga 70% & Tebus Rebat Tunai RM36
Okay tak produk ‘panas’ dari SHARP yang kami listkan di atas tu tadi? Power kan. Kena sangat dengan keadaan sekarang ini. Jadi, khas untuk anda yang setia membaca sampai habis artikel ini, kami ada berita baik yang nak disampaikan.
Anda boleh dapat diskaun untuk produk terpilih PWP melebihi 70% tau. Dan apabila anda daftar sebagai ahli Cocoro Life, anda boleh dan tebus rebat tunai segera RM36 untuk pembelian secara luar talian (offline). Wow!
Meh sini kami tunjukkan empat langkah mudah untuk anda!
1. Scan QR Code yang diberi untuk muat turun aplikasi CocoroLife
2. Daftar sebagai Membership
3. Klik redemption banner dan dapatkan kod rebat tunai segera
4. Tunjukkan kepada pengedar sah untuk menebus (Belian secara offline sahaja)
Untuk info lanjut anda boleh ke Facebook DI SINI dan Instagram DI SINI.