Perancangan kewangan yang bijak sekarang ini sangat penting. Yelah nak berjimat cermat kan. Kalau tak, laju jer duit tu keluar macam air. Hari ini gaji, esok dah fikir bila pula gaji bulan depan nak masuk. Haha..betul tak?
Jadi, apa yang anda boleh buat adalah jadikan duit anda tu berbaloi untuk dibelanjakan dengan mendapatkan barang yang perlu dibeli pada harga lebih rendah. Amacam?
Rajin-rajinkan lah diri anda tu buat tinjauan harga. Usha-usha dulu mana yang anda rasa berbaloi untuk dibelanja. Ada jer barang murah tapi kualiti tiptop! Macam MR.DOLLAR ni lah.
Sebut jer kedai MR.DOLLAR, siapa jer yang tak kenal kan? Geng perempuan kalau masuk dalam tu memang ‘sesat’ terus. Tiba-tiba lupa jalan pulang weh! Jatuh cinta berkali-kali kalau dipandangnya. Tak pernahnya dorang tu buat dek jer kalau ‘terserempak’ dengan MR.DOLLAR ni. Memang betul ‘Mr Right’ untuk dorang. Haha…
Ramai Jatuh Cinta
Kalau tengok dari luar kedai MR.DOLLAR yang semakin mendapat nama ini, memang sangat menarik!
Kalau anda tengok logo seperti muka sedang senyum tu, siapa jer yang tak jatuh cinta? Ditambah pula dengan warna yang ceria beserta tulisan comel bentuk kening di atas huruf ‘M’ tu, amboi nak masuk dalam kedai pun happy jadinya.
Ditambah pula tulisan “Always RM2 & RM5” yang terdapat di situ, memang lagi ramai lah yang terkena umpan!
Harga tetap pula tu untuk semua produk yang ditawarkan. Murah betul weh. Memang betul dijamin mesra poket dan berpatutan. Save budget betul.
Anda boleh pilih jer semua barang di MR.DOLLAR itu mengikut bajet anda iaitu antara RM2 dan RM5. Ishlah, betul-betul syurga gais. Murah yakmat. Kalau kami ni, memang tak sedar ambil barang tu. Boleh bertambah troli jadinya, haha!
Padanlah Ramai Terjah
Kalau anda nak tahu, MR.DOLLAR ini anak syarikat MR D.I.Y Group (M) Berhad. Konsep kedai ini adalah untuk fokuskan pada tanda harga yang rendah dan berpatutan.
Di samping dapat membantu orang ramai untuk mendapatkan produk yang berkualiti pada harga yang rendah. Padanlah ramai orang terjah. Dapat juga berjimat cermat.
Kedai MR.DOLLAR ini juga antara kedai yang ber’hantu’ woi. Kalau datang ke sini satu jam memang tak cukup. Betul-betul kedai saka!
Tangan sampai jadi lenguh sebab dok mengangkat bakul pilih barang-barang. Selesa pun selesa gais. Dengan susun atur kedai yang kemas, bersih dan berhawa dingin, boleh jadi anda bersila jer sambil pilih barang tu ha. Haha.
Rambang Mata!
Ada lebih 12,000 pilihan produk gais! Ada makanan termasuklah sayur-sayuran dan minuman, perkakas rumah, bahan memasak, kudap-kudap seperti biskut, barang hardware, barang permainan dan banyak lagi. Memang boleh buat anda gila!
Antara jenama terkenal yang ada di MR.DOLLAR ialah seperti Maggi, Oreo, Kitkat, Marigold, Fernleaf, Kawanku, Coca Cola, Sunquick, Chipsmore, Farm Fresh, Nestle, dan banyak lagi.
Makanan sejuk beku pun ada. Ada macam-macam pilihan makanan laut, kuih-muih, dan bebola pelbagai jenama dan halal! Memang betul jadi kegemaran lah.
Sebut jer anda nak apa, semua ada di MR.DOLLAR ni. Walaupun harga murah dan berpatutan, semua barang dijamin berkualiti tau. Semuanya dibawah satu bumbung. Geram tengok weh.
Susunan dalam kedai pun kemas dan teratur sangat. Ada 10 department kesemuanya. Semuanya disusun mengikut jenis barang yang ada. Betul-betul memudahkan anda untuk cari barang. Tak payah tercangak-cangak lagi dah.
Belanja & Menang!
Haa, dah alang-alang MR.DOLLAR nak buat pembukaan cawangan ke-50 mereka di Sunway Pyramid pada 5 November hingga 7 November ini, apa kata anda ajak kawan atau famili anda ke sana. Ada pelbagai aktiviti menarik dan juga hadiah yang anda boleh dimenangi nanti!
Jap, ada lagi gais. Jeng, jeng, jeng…Ada peraduan yang boleh anda sertai dan menang hadiah yang gila gempak! Ianya bermula 1 November hingga 31 Dec 2021 ini. Caranya mudah sangat, anda boleh ikuti langkah di bawah:
Langkah 1:
Belanja minimum RM30 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana cawangan MR.DOLLAR atau
Belanja minimum RM40 dan keatas dalam satu resit di mana-mana cawangan MR.DIY / MR.TOY
Langkah 2:
Imbas Kod QR dan jawab SATU soalan mudah.
Langkah 3:
Hantar dan berpeluang untuk menang!
Amacam? Mudah sangat kan? Sekarang ni anda usha pula hadiah-hadiahnya. Mana la tahu kot anda salah seorang pemenang bertuah tu. Untung weh!
Hadiah Utama: Vespa Primavera 150 x 1
Hadiah Pertama: Thermomix Vorwex x 2
Hadiah Kedua: iPhone 13 pro (128gb) x 3
Hadiah Ketiga: Le Creuset Round Casserole (24cm) x 5
Terbeliak biji mata tengok hadiah dorang weh. Letops! Memang nak kena sertai lah peraduan dengan tagline “Lebih daripada 1,000 hadiah untuk dimenangi!” ini.
Hangpa pun jangan dok ralit sangat nah, boleh cuba nasib juga ni. Bila lagi nak merasa dapat hadiah macam ni weh. Sertai lekaih.
Jom Shopping Sekarang!
Anda dah boleh terjah ke mana-mana cawangan kedai MR.DOLLAR berdekatan anda! Check di LINK INI untuk anda yang masih tak tahu lokasi MR.DOLLAR yang sudah pun ada cawangan di seluruh negeri.
Untuk info lanjut boleh lawat Website, Facebook dan juga Instagram MR.DOLLAR.
Selamat bershopping gais! Jangan dok bagi alasan negeri anda tak ada kedai berhantu ni yer. Haha. Yang penting anda bijak dan jimat dalam berbelanja. Gituww…