fbpx

Wow! Lepasni Dah Boleh Beli Barang Keperluan Di myNEWS SUPERVALUE

myNEWS dah kembangkan lagi rangkaian dengan mewujudkan mini market gais. Betul senang banyak lah lepas ni. Anda dah boleh pergi membeli belah dengan selesa di mini market myNEWS SUPERVALUE. Banyak barang dapur berbaloi yang anda boleh beli nanti.

Antaranya ada produk bayi, bahan memasak, produk pembersih, makanan sejuk beku termasuklah makanan laut seperti salmon, kerang, ikan dan banyak lagi, selain sosej, roti burger, nugget.

Makanan haiwan kesayangan pun ada juga gais selain dari jenama terkenal seperti PetPet (lampin bayi), McCain (makanan sejuk beku), Sunflower (beras), Mr Muscle (produk pembersih), dan banyak lagi. Yang penting semuanya produk berkualiti!

Tak Payah Keluar Jauh

myNEWS dah memperluaskan ke lokasi-lokasi kejiranan so anda tak payah susah-susah nak keluar jauh-jauh. Tak perlu dah nak beratur panjang berebut-berebut dengan pelanggan lain bila pergi mall besar tu. Ye dok?

Dan paling syok bila kafe Maru pun ada juga di myNEWS SUPERVALUE ni. Roti ada, dan banyak lagi makanan lain yang sedap-sedap. Semuanya fresh-fresh tau sebab diorang buat daily. Yang mana ‘kaki kopi’ tu anda boleh jugak singgah sini. Pun ada! Sesuai lah untuk anda yang always on-the-go tu. Yang penting semuanya HALAL.

Sekarang ni, myNEWS SUPERVALUE beroperasi di tujuh lokasi kejiranan strategik di seluruh negara termasuk Kajang, Kepong, OUG, Alor Setar (Kedah), Malim Jaya (Melaka), Bidor (Perak) dan Simpang Ampat (Pulau Pinang). Nanti anda usha-usha lah di kawasan korang tu yer.

Malas nak keluar? Takpe, GrabMart ada. Anda klik jer nak apa di myNEWS SUPERVALUE ni. Nanti sampai depan rumah. Mudah betul.

Satu lagi, korang juga dapat menikmati faedah sebagai ahli semasa membeli-belah di mana-mana myNEWS SUPERVALUE ni. Untuk info lanjut, lawati mynews.com.my okay! Selamat bershopping gais.