fbpx

Keluarga Neelofa Beri Keterangan Di IPD Brickfields

Sejak semalam hangat diperkatakan tular video dikongsikan netizen di media sosial mengenai keluarga selebriti popular Neelofa didakwa melanggar operasi standard (SOP) menyambut hari raya bersama keluarga besarnya.

Terbaru, ahli keluarga Neelofa hari ini hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk memberi keterangan. Turut kelihatan berada di IPD, bapa kepada selebriti berkenaan.

BACA: Netizen Dakwa Keluarga Neelofa Sambut Hari Raya Bersama?

Memetik laporan Harian Metro, mereka tiba sekitar jam 2.51 petang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna putih.

Terdahulu, polis menjalankan siasatan terhadap keluarga berkenaan kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi video berdurasi 27 saat yang tular itu, kelihatan seorang wanita mirip Neelofa dan suaminya, Haris Ismail serta Nabila dan Engku Emran bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapa mereka. Turut kelihatan dalam video tersebut adik-beradik Neelofa yang lain.