fbpx

Walaupun Hanya Sesudu, Banyak Rupanya Khasiat Minyak Sawit Merah Ini!

Tak ramai yang tahu khasiat minyak sawit merah atau pun red palm oil ni. Antaranya minyak ini boleh bantu penyakit diabetes dan dijadikan suplemen harian dengan hanya sesudu minum jer!

Minyak sawit merah terhasil daripada pemprosesan minyak secara dari mesokap buah sawit (Elaeis guineensis). Ia mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin E dan fitosterol. Okay jom kita check out apa lagi khasiat minyak sawit merah ni.

1. Melambatkan Penuaan & Menghalang Kanser

Kalau anda nak tahu, sebarang penyakit penuaan sebenarnya melibatkan keradangan. Minyak sawit merah adalah sumber vitamin E, antioxidant dan tokotrienol. Antioksidan semulajadi inilah yang bertindak sebagai pemasak yang merosakkan radikal bebas oksigen dan dihipotesiskan untuk memainkan peranan perlindungan dalam penuaan selular, aterosklerosis dan kanser.

Ia boleh melambatkan proses penuaan dalam mengurangkan keradangan itu. Beberapa kajian awal jugak menunjukkan potensi minyak sawit merah dalam menghalang sel kanser payudara daripada merebak.

2. Membantu Dalam Mengekalkan Kesihatan dan Kecantikan

Minyak sawit merah mengandungi asid lemak dan mikronutrien yang larut dalam lemak seperti karotenoid (termasuk pro – vitamin A), vitamin D, E dan K. Asid lemak adalah penting untuk membina membran setiap sel dalam badan anda termasuk tulang, saraf dan otak manakala mikronutrien pula memastikan sel-sel tubuh anda sihat dan berfungsi dengan baik.

3. Mencegah Penyakit Stroke

Vitamin E tokotrienol yang diperolehi daripada minyak sawit merah mampu melindungi diri daripada serangan strok serta mempercepatkan jangkamasa pemulihan akibat serangan strok.

4. Mencegah Dari Masalah Kegemukan

Vitamin E tokotrienol juga mampu melambatkan keupayaan badan membentuk sel lemak baru serta membunuh sel lemak sedia ada. Ini pastinya satu perkembangan baru yang mampu menyelesaikan masalah kegemukan. Dah tak payah diet teruk-teruk dah lepasni. Minum minyak sawit merah pun dapat elakkan dari kegemukan.

5. Bantu Pesakit Diabetes

Dari research yang dijalankan Dr. Khalid Abdul Kadir dari Monash University, Vitamin E dari minyak sawit merah dapat mengurangkan kerosakan pada saraf, mata dan ginjal pada orang yang menghidap diabetes.

Dia mendapati bahawa kerosakan saraf dikurangkan pada pesakit diabetes yang diberi 400 mg sehari Vitamin E tocotrienols yang berasal dari minyak sawit. Kerosakan pada mata dan ginjal menjadi perlahan atau dapat dicegah.

Bagus kalau dapat berikan pada mak ayah yang ada penyakit diabetes ni. Sekurang-kurangnya diet yang dilengkapi dengan minyak sawit merah ini dapat membantu memperlambatkan penyakit diabetes dan mencegah kerosakan mata, saraf dan ginjal pada mereka yang ada penyakit ini.

Memang terbaik dan banyak khasiat rupanya minyak sawit merah ni. Antara produk yang selalu kami tengok adalah dari Harvist. Banyak produk yang dikeluarkan dari Harvist tentang minyak sawit merah ni. Dan jangan tak tahu, Harvist Red Palm Oil (Premium) boleh dijadikan suplemen dengan anda mengambil 2 sudu setiap hari. Produk dari Malaysia tau Harvist ni.

Untuk info anda, minyak sawit merah ni ini bukan semata-mata untuk orang yang ada penyakit diabetes saja tau. Kita yang normal pun memerlukan antara 60mg dan 100mg Vitamin E setiap hari. Sebab tu sangat bagus kalau anda jadikan suplemen harian.

Bukan itu jer, buah sawit merah unik kerana kandungan tokotrienolnya antara 70% dan 80%. Minyak dari buahnya juga kaya akan karotenoid dan Vitamin A, yang membantu mencegah kerosakan mata dan jugak untuk perkembangan anak-anak.

Boleh Dimasukkan Dalam Menu Masakan!

Haa..bagi anda yang suka memasak tu, Red Palm Oil ini boleh diletakkan dalam masakan anda. Banyak lagi produk dari Harvist ni yang anda boleh ‘kreatif’kan diri anda untuk memasak. Anda boleh masukkan Natural Red Palm Cooking Oil, Premium Extra Red Palm Fruit Oil, Chili Infused Extra Red Palm Oil dan jugak Garlic Infused Extra Red Palm Oil dalam masakan anda. Confirm sedap!

Meh kami kongsikan resepi yang anda boleh buat. Cepat get ready pen dan kertas!

1. Nasi Goreng Nenas Harvist

Betul mengiurkan nasi goreng nenas ni. Ada lagi gais kat bawah ni, tonton satu-satu okay!

2. Garlic Cream Cheese Roti Jala


Kami tak tahu pulak boleh buat roti jala macam ni. Boleh cuba nanti! Menarik betul.

3. Chocolate Marble Cheese Cake


Argh! Sedapnya kek dia..Dahla lembut, senang pulak tu nak buat. Ada lagi gais resepi lain. Check out bawah ni.

4. Ayam Bakar Sambal Hijau Harvist


Seksi betul ayam bakar dia. Tap tap telan air liur bila tengok resepi ni. Macam nak pergi beli sekarang ayam untuk masak!

5. Harvist Cheezy Baked Potatoes


Perghhhh…cheese bila ditarik tu, mak ai. Sedapnya! Eh kau tunggu jap! Geram jer kami. Betul menarik kan resepi yang kami kongsikan ni? Sedap-sedap nengoknya. Nak nak pulak bila masukkan Harvist Red Palm Oil ni, lagilah menarik. Sambil-sambil makan sedap, dapat jugak jaga kesihatan anda bila guna produk Harvist ni kan?

Harvist Red Palm Oil sangat bagus untuk kesihatan dan sesuai untuk dijadikan suplemen. Anda boleh dapatkan produk ini di Jaya Grocer, KK Mart dan 7 Eleven. Boleh dijadikan best partner anda okay! Info lanjut boleh klik di list berikut:

Online: Harvist_official shopee
Website: www.harvist.com.my
Shopee: https://shopee.com.my/harvist_official
Instagram: https://www.instagram.com/harvist_official/
Facebook: https://www.facebook.com/harvistredpalmoil

#harvistredpalmoil
#redpalmoil
#redpalmoilmalaysia
#sapotlokal
#supportharvist
#healthyoil