fbpx

Mamat Sepah Syukur Isteri Tak Pandang Rupa

Dengan imej berambut panjang dan penampilan tidak kemas, Mamat Sepah mengakui ia dia dan isteri, Nordiana Ibrahim seperti langit dan bumi. Mamat berkata pasti isterinya tidak pernah terfikir akan berkahwin dengan lelaki rambut panjang.

Bagaimanapun, Mamat meluahkan rasa syukur Nordiana yang juga seorang anggota polis menerima dirinya seadanya dan tidak hanya melihat dari luaran sahaja. Malah, Mamat berkata, isterinya perlu menerima dengan imej ‘rock’ nya.

“Mesti dia tak pernah terfikir akan berkahwin dengan lelaki rambut panjang macam saya. Yelah, sekeliling tempat kerja dia semua orang apaki kemas dan berdisiplin, balik rumah jumpa laki rambut macam orang dekat lokap.

“Kadang yang dekat lokap tu lagi kemas dari laki dia. Dia kena terima hakikat kahwin dengan rocker sejati. Sapa suruh awak terima pinangan saya dulu. Padan muka kau dapat laki rambut sama panjang.

“Luaran tidak menjanjikan apa-apa, yang penting? Tolong sambung,” tulisnya di Instagram.

Perkongsian Mamat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan pelakon itu bahawa luaran tidak menjanjikan apa-apa dan paling penting adalah perlu ikhlas dalam mencintai seseorang.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad mendirikan rumah tangga dengan anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 1 Mac lalu. Mamat dan Nordiana terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 2018.