fbpx

“Selagi Tak Keluar Dari Mulut Saya, Jangan Buat Andaian”

Sebelum ini Mira Filzah mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki namun bukan dalam kalangan industri hiburan. Kemudian timbul desas-desus mengatakan Mira sudah dirisik dan bakal bertunang pada September tahun ini.

Sehingga kini Mira enggan mengulas mengenai perkara berkenaan. Terbaru, Mira berkata dia akan mendedahkan perkata itu jika hubungan tersebut benar-benar pasti.

BACA: Cincin Di Jari Manis, Mira Filzah Sudah Dirisik?

“Tak ada apa nak komen pun, InsyaAllah kalau benda tu official ke confirm ke, saya akan bagi tahu, saya tak akan sorok.

“Tak adalah tahu-tahu nikah. Kalau ada nanti kita akan bagi tahu. Nothing to reveal, sekarang,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Mira berharap orang ramai tidak membuat spekulasi sendiri mengenai perkara itu. Ujarnya lagi, perkara itu hanya boleh dipercayai jika kenyataan itu keluarkan dari mulutnya sendiri sahaja.

“Mira berkawan dengan ramai orang. Tak semestinya bila kita keluar dengan orang itu, itulah orangnya. Bagi Mira siapa yang nampak tu, nampaklah, yang tahu tu, tahulah. Tapi selagi tak rasmi, tak keluar dari mulut Mira sendiri, kita jangan buat andaian,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabula ada sumber mendedahkan jejaka tersebut dikatakan anak kepada seorang Ahli Parlimen.

Identiti jejaka itu diketahui ramai apabila tampil bersama Mira Filzah di majlis resepsi perkahwinan Farah Nabilah awal Januari lalu.