fbpx

Masa yang ditunggu sepanjang tahun akhirnya kini sudah pun tiba. Tidak mahu ketinggalan dalam memberikan yang terbaik kepada ahlinya, sempena kedatangan hujung tahun ini, Watsons kini mengadakan BUY-BUY Year End Sale buat anda semua.

Tak sabar betul rasa nak ceritakan apa yang Watsons tawarkan buat anda kali ini. Kami kongsikan beberapa tawaran menarik sempena BUY-BUY Year End Sale oleh Watsons ini!

Tawaran Potongan Harga Barangan Hingga 50%

Sedar atau tidak, penghujung tahun macam inilah masa yang sangat sesuai untuk kita berjimat. Bayangkan berapa banyak penjimatan anda dapat lakukan jika Watsons tawarkan potongan hingga 50%. Buka tahun baru, hati ada lega sebab sudah banyak dapat berjimat.

Tawaran Menarik Watsons Members

Bagi anda yang sudah menjadi ahli Watsons, untunglah sebab ada pelbagai tawaran menarik yang disediakan seperti di bawah:

+ Percuma kalendar dengan pembelian RM150 ke atas di dalam satu resit (sementara stok masih ada)

+ Percuma buku nota atau planner dengan pembelian RM250 ke atas (sementara stok masih ada)

+ Pertandingan eksklusif hanya buat ahli Watsons: Belanja RM100 dan ke atas (dalam satu resit) dan anda berpeluang untuk memenangi percutian 3 hari 2 malam untuk 2 orang. Tapi untuk nak masuk pertandingan ini, anda wajib gunakan aplikasi e-wallet Boost.

10 orang yang terpilih akan berpeluang ke Bangkok, Chiang Mai, Taipei, Hong Kong, Xiamen dan juga Kunming!

Belanja RM50 Terus Dapat Rebat

Rebat sebeginilah yang membuatkan ahli Watsons setia. Tak perlu berbelanja tinggi-tinggi, cukup sekadar dengan pembelian RM50 dan ke atas untuk barangan berjenama Watsons, anda terus akan dapat rebat bernilai RM5. Untung sungguh siapa yang bijak merancang pembelian di BUY-BUY Year End Sale oleh Watsons ini!

Jadi, jangan tunggu lagi. Jika nak ikut rapat mengenai tawaran dan maklumat lanjut mengenai Watsons, ikuti mereka di www.watsons.com.my, Facebook Watsons dan juga Instagram mereka.