fbpx

Baru baru ini Nedim Nazri telah mendedahkan yang beliau membawa isu hak penjagaan anak ke mahkamah selepas bekas isterinya, Nabila Khan menghalang beliau untuk bertemu dengan anaknya sendiri hasil perkahwinan lalu, Mohamed Nedrin.

BACA: Nedim Nazri Bawa Kes Hak Penjagaan Anak Ke Mahkamah

Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram, Nabila Khan akhirnya bersuara akan isu ini dan menurutnya ini merupakan kali pertama dan terakhir beliau akan keluarkan sebarang kenyataan kerana penat dengan drama Nedim Nazri.

“Ini satu-satunya komen yang akan saya buat berkenaan isu ini, kerana tidak seperti sesetengah orang, saya percaya ada perkara tidak sepatutnya didedahkan kepada anak berusia lima tahun ini”

“Awak pilih untuk ambil kesempatan kerana saya berdiam diri, tetapi maafkan saya, salah seorang dari kita berdua perlu ambil tanggungjawab sebagai ibu bapa, kerana awak hanya berpura-pura sebagai bapa di media sosial”

“Sesetengah orang perlu ada sedikit rasa malu dan tidak menjaja cerita pada orang ramai untuk menagih simpati. Biar kami hidup aman dan tolong berhenti cari perhatian sehinggakan awak gunakan anak sendiri untuk manipulasi semua orang lain”

Dalam kenyataan sama juga, Nabila Khan meminta Nedim Nazri supaya tidak perlu campur tangan lagi dalam kehidupan mereka selepas ini dan teruskan dengan kehidupan bersama keluarga baru. (rtky/m)