fbpx

Nafi Masuk Hospital Kerana Diet Berlebihan

Baru-baru ini Siti Sarah dilaporkan ditahan di hospital beberapa hari kerana mengalami tekanan darah rendah. Timbul cakap-cakap mengatakan ianya disebabkan oleh amalan diet yang berlebihan dan tidak dinafikan Sarah kini memang kelihatan begitu kurus dan cantik.

Bagaimanapun Sarah menafikan dakwaan terbabit dan menjelaskan kesihatannya terjejas kerana bebanan kerja yang banyak sehingga kepenatan. Menurut Sarah, kesakitan yang dilaminya itu bak malaikat mahu mencabut nyawa hingga membuatkan beliau memohon maaf kepada suami.

BACA: Siti Sarah Sedih Peminat Sering Kutuk Sebab Hidung

“Saya juga manusia biasa. Ada kalanya saya leka dan terlupa untuk menjaga pemakanan. Bukan kerana diet terlampau seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Saya terasa seperti hendak mati ketika itu”

“Jadi saya ambil pendekatan memohon maaf daripada Shuib kerana tidak pernah berhadapan situasi seperti itu. Diet bukan bermaksud menahan lapar, sebaliknya menukar rutin pemakanan kepada pilihan lebih sihat,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.

Tidak hairanlah Sarah yang juga kini aktif dalam perniagaan semakin cantik dan awet muda. Tapi tak sangka pula kesakitan yang dialami Sarah agak berat. Semoga Sarah lebih menjaga kesihatan selepas ini. (rtky/w)