Pelakon Alif Satar meluahkan rasa terharu dengan sokongan diberikan terhadap program Geng Subuh Macam Jumaat sejak bulan lalu.
Lebih mengejutkan, seramai 3,000 jemaah hadir ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk solat Subuh berjemaah pagi semalam.
BACA: “Kalau Esok Allah Soal, Dah Beri 3.4 juta Pengikut, Takkan Nak Ajak Bersenam Saja?” – Alif Satar
View this post on Instagram
Bukan itu saja, program tersebut diteruskan dengan larian Fun Run sejauh 5km bersama penyanyi berkenaan.
“Pejuang subuh 1 Januari 2024. Alhamdulillah, 3,000 orang pagi ni. Masing-masing akan pulang ke tempat masjid kawasan sendiri dan teruskan dan ajak lebih ramai lagi join #GengSubuhMacamJumaat. Kalian subuh masjid mana pagi tadi? Nanti Alif singgah insya-ALLAH,” tulisnya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Alif berkata dia memulakan kempen tersebut sebagai galakan kepada orang ramai selepas mendengar kata-kata seorang ustaz dalam satu kelas agama dihadirinya.
“Kalau solat Subuh berjemaah pun susah nak buat, jangan sembang pasal nak lawan Zionis. Saya pergi ke kelas agama, kemudian ada orang bertanya kepada ustaz yang mengajar, bagaimana kita nak menang (melawan Zionis)
“Kemudian, ustaz itu bertanya, ‘kau pergi solat Subuh tak?’ Orang itu cakap, tidak sebab takut mengantuk. Ustaz itu cakap, kalau mengantuk pun takut, nak sembang pasal lawan Zionis? Kena betulkan yang itu dulu.” katanya.