fbpx

3 Minggu Tayang, Abang Long Fadil 2 Kutip RM16 Juta

Jika sebelum ini filem Abang Long Fadil 2 berjaya mengutip RM5 juta selepas 5 hari tayangan, kini selepas 3 minggu, ia berjaya mengumpul RM16 juta. Memang gila-gila nampaknya sambutan terhadap filem ini.

BACA: Abang Long Fadil 2 Kutip RM5 Juta Dalam 5 Hari

Menurut portal Astro Gempak, jumlah terkini kutipan tersebut berjaya mengatasi kutipan filem prekuelnya iaitu Abang Long Fadil jika dibandingkan mengikut hari tayangan.

Selain itu, filem ini yang hanya ditayangkan di 130 buah pawagam, kini telah meningkat kepada 135 buah pawagam. Selaku pengarah, Syafiq juga turut menyatakan rasa syukurnya berkenaan berita gembira tersebut.

Adakah filem arahan Syafiq Yusof ini nanti berjaya menandingi kutipan filem Munafik, yang diarahkan oleh abangnya, Syamsul Yusof? Sama-sama kita nantikan jumlah keseluruhan selepas tamat waktu tayangan di seluruh pawagam. (rkty/s)