fbpx

3 Halangan Sukar Nak Siapkan Filem Pinjamkan Hatiku

Pembikinan sesebuah filem bukanlah mudah dan pastinya memerlukan masa dan juga tenaga kerja yang betul-betul komited melakukan perkara tersebut. Mungkin segalanya kelihatan sempurna di panggung wayang namun apa yang anda lihat tidaklah semudah yang disangka.

Jika anda masih tidak mengetahui tentang perjalanan sesebuah filem, kami kongsikan apa yang dilalui sendiri pengarah filem ini yang mungkin sudah beberapa kali berjaya membuatkan air mata anda mengalir ketika menonton filem arahannya iaitu – Osman Ali.

Berikut merupakan 3 perkara sukar yang perlu dihadapi oleh Osman Ali sepanjang menghasilkan filem Pinjamkan Hatiku yang turut dibintangi pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Farid Kamil dan juga Ayda Jebat.

Banyak Bermain Emosi

Anda dah tengok teaser trailer filem ini? Mana yang cepat menangis pasti turut sama mengalir air mata tengok Shaheizy Sam berlakon. Tuntutan emosi yang tinggi inilah juga merupakan perkara yang memakan masa lama dalam menghasilkan filem demi kualiti yang terbaik dan sampai ke hati penonton.

Perlukan Konsentrasi Yang Tinggi

Setelah emosi berat dibawakan sebagai nadi filem ini, tumpuan atau pun konsentrasi yang tinggi adalah sangat penting bagi memastikan naskhah filem ini tidak lari daripada jalan asal cerita.

Bukan saja pelakon, pengarah pun pastinya mahukan hasil yang maksimum dapat disampaikan kepada anda. Malah aspek keselematan juga sangat ditikberatkan buat sleuruh tenaga produksi

Mencari Lokasi Terbaik Untuk Tatapan Anda

Ini merupakan salah satu perkara penting dalam memastikan emosi anda terbuai ketika menonton filem. Lokasi dan juga pemilihan tempat yang sesuai sangat penting dalam menghidupkan watak dan jalan cerita.

Anda tonton sendiri teaser filem Pinjamkan Hatiku ini dan anda akan faham mengapa pengarah mahukan lokasi yang sempurna sekaligus memberikan mood kepada babak tersebut (lagi gambar di sebalik tabir di bawah).

Bukan mudah bukan untuk menghasilkan filem? Oh sebelum kami lupa, filem Pinjamkan Hatiku ini sekarang tengah buat road tour dan bakal terjah Pantai Timur hujung minggu ini. Simpan tarikh di bawah ini untuk berjumpa dengan selebriti pujaan anda:

18 November 2017 (Sabtu)
Lotus Five Star (Kuala Terengganu): 12 Tengahari
TGV Mesra Mall (Kerteh, Terengganu): 4 Petang

19 November 2017 (Ahad)
GSC Berjaya Megamall (Kuantan, Pahang): 12 Tengahari
GSC East Coast Mall (Kuantan, Pahang): 4 Petang

Jangan lupa saksikan Filem Pinjamkan Hatiku yang bakal berada di pawagam berdekatan anda pada 30 November ini.