Hampir 10 tahun bertugas menjaga keselamatan, pengawal peribadi Nur Fazura tampil mendedahkan sikap sebenar pelakon dan usahawan terkenal itu.
Menerusi satu hantaran di Threads, individu bernama Shahaszrin menjawab persoalan netizen yang bertanyakan bagaimana dia boleh bekerja di bahawa selebriti itu dalam tempoh masa yang lama.
BACA: Fazura Ucap Terima Kasih Kepada Peminat Pakai Tudung Jenamanya

Menurtu Shahaszrin, dia menyifatkan Fazura seorang yang sangat baik serta dia ikhlas bekerja dan menitipkan pesanan agar tidak mengambil kesempatan dia atas kebaikan seseorang.
“Alhamdulillah tahun depan ngam 10 tahun aku bekerja menjaga keselamatan Fazura. Ada yang tanya macam mana boleh lama kerja dengan Faz.
“Jawapan aku simple je aku ikhlas bekerja, Fazura sangat baik hati, jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang. Jujur dan amanah. Tahu membezakan antara bos dan kawan,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan kenyataan Shahasrin mengenai hubungan profesional antara majikan dan pekerja. Kata netizen lagi, majikan tetap majikan.
Sementata itu, ada yang mengucapkan terima kasih kepada individu berkenaan kerana jagakan Fazura serta akan terus menjaga selebriti kesayangan mereka itu.
