fbpx

10 Tahun Berkahwin, Yasmin Hani Berpisah Dengan Suami

Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Yasmin Hani mengesahkan dia sudah pun berpisah dengan suaminya, Sha’arin Razali Wong.

Memaklumkan perkara itu menerusi Instagram sebentar tadi, Yasmin berkata dia dan bekas suami bersetuju untuk bersepakat dalam membesarkan kedua anak mereka meskipun sudah berpisah.

BACA: Yasmin Hani Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

“Sha’arin dan Hani dapat melaksanakan apa yang telah kami persetujui bersama. Kami berdua bersetuju yang kami akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi.

“Kami betul-betul harap semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami,” tulisnya.

Dalam pada itu, Yasmin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan buat keluarganya serta akan terus menjadi keluarga yang saling menyayangi.

“Kami masih berkongsi ikatan kerana Noah dan Eissa. Hubungan sebagai ibu bapa sangat kami utamakan dan memohon agar diberi ruang dan privasi,” tulisnya.

Yasmin dan dan Sha’arin mendirikan rumah tangga pada 2011. Pasangan itu dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 8 tahun dan Eissa Elzander Wong kini berusia 5 tahun.