Pelakon Siti Elizad berkata dia sudah berada di fasa reda seandainya belum dikurniakan rezeki zuriat selepas hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Memetik mStar Online, Elizad berkata dia tidak mahu bersedih sebaliknya bersyukur dikurniakan suami yang memahami serta tidak memberi tekanan mengenai soal zuriat.
Lebih sebak, Elizad mendedahkan doa sudah membeli barangaj bayi sejak dari tahun pertama perkahwinannya namun diberikan semua kepada orang.
“Saya sudah beli barang anak daripada tahun pertama kami berkahwin dan sekarang ini saya sudah berikan semuanya kepada orang sebab buat masa ini saya dalam fasa reda selepas 10 tahun.
“Saya tawakal kalau tuhan kata belum ada rezeki dikurniakan rezeki anak tak apa, jadi rumah terbaru suami ni memang tiada barang bayi.
“Saya pernah melihat suami menangis bila solat sebab risau tak bahagiakan saya bila melibatkan anak kemudian terus saya tersedar sebab saya patut bersyukur ada suami yang sangat memahami dan tak berikan tekanan kepada saya,” katanya.
Sementara itu, Elizad turut berkongsikan dia sudah survey rumah orang tua serta memikirkan mengenai hari tuanya kelak.
“Saya jalan sendiri pergi tengok rumah orang-orang tua. Saya masa pergi umrah saya pegang kata-kata seorang makcik, masa tu dia seorang.
“Dia kata Elizad belum ada anak jangqn sedih, dia ada 8-9 anak tapi tak duduk pun dengan dia, tak jaga pun dia, jadi Elizad tak perlu rasa sorang-sorang. Elizad terlepas dengan rasa itu, tak menyakitkan hati,” katanya.
SUMBER: mStar Online