fbpx

Zul Ariffin, Zahirah McWilson Sudah Putus Cinta?

Tiada angin tiada ribut, menerusi ruangan Pok Lop di akhbar Utusan heboh mengatakan Zul Ariffin dan kekasihnya, Zahirah McWilson telah putus cinta. Hubungan cinta mereka memang agak privasi sebelum ini, namun punca perpisahan mereka dikatakan dari pihak ketiga, dimana Zul mempunyai hubungan cinta bersama seorang pelakon wanita bertudung dari Singapura.

BACA: Zul Ariffin Nafi Merisik Kekasih Di Australia

“Dari satu sumber, mereka dikhabarkan sudah pun memutuskan perhubungan tersebut. Cuma rasanya ramai yang tidak tahu tentang gosip ini kerana mereka bukan jenis yang canang satu kampung. Dengar cerita, punca perpisahan itu juga adalah kerana orang ketiga. Panas sungguh kisahnya apabila Zul dikatakan bermain kayu tiga dengan seorang pelakon wanita bertudung”

“Poklip pun buatlah kajian sikit. Sumber tersebut menyebut nama seorang pelakon berasal dari Singapura, sebagai wanita ?yang merampas cinta Zahirah. Poklip tidak berani hendak mengiyakan khabar angin tersebut, sebab macam rumit sungguh kisah cinta mereka ini. Mana tidaknya, Zul dikatakan sudah lama bercinta dengan pelakon itu walaupun sebelum ini menafikannya”

“Poklip tidak tahu mana satu yang betul. Disebabkan hubungan rahsia yang sudah lama terjalin di antara Zul dan pelakon wanita itu, Zahirah dikatakan membawa diri dan mengambil keputusan untuk putuskan saja hubungan tersebut. Harapnya cerita ini hanyalah khabar angin yang sengaja diungkit dan digembar-gemburkan,” katanya menerusi ruangan Pok Lip di Utusan Online.

Dakwaan mereka putus cinta bukanlah kali pertama berlaku, sebelum ini pasangan ini juga pernah dikatakan berpisah namun Zahirah tampil menafikannya. Bagi beliau, ramai yang membuat andaian tersebut kerana mereka tidak mudah bercerita perihal hubungan cinta mereka kepada umum kerana masing-masing mahukan soal karier menjadi keutamaan. (rkty/w)