fbpx

Zul Ariffin: Saya Tidak Pernah Berahsia Dengan Kekasih

Seringkali diusik dengan kontroversi melibatkan hal percintaan, Zul Ariffin mengakui dia tidak pernah berselindung mengenai sebarang perkara dengan kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai, malah turut memaklumkan sebarang perkara berkaitan kerjayanya kepada penerbit tersebut.

BACA: Zul Ariffin Berikan Penjelasan Dakwaan Marah Peminat

“Setiap projek baik drama, filem mahupun pelantikan sebagai duta, pasti akan dimaklumkan kepada Gaya terlebih dahulu. Saya mahu bersikap telus dalam perhubungan. Kalau boleh saya tidak mahu menyembunyikan satu perkara pun”

“Apabila tahu semua perkara, kalau ada cerita negatif dibangkitkan dia tahu kebenarannya. Saya malas menjelaskan hal yang tidak benar. Bukan Gaya saja, dengan keluarga pun begitu. Mereka tahu apa saya buat. Saya tidak mahu mereka terkejut jika timbul cerita kurang enak,” katanya kepada Harian Metro.

Selain sibuk kini, Zul mengakui dia sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama Gaya bagi menjaga hubugan mereka yang sudah terjalin hampir tiga tahun itu.

“Walaupun tidak bebas menonton wayang, keluar makan dan bersiar-siar seperti pasangan lain, kami masih ada masa bersama. Saya beruntung kerana dia memahami jadual kerja saya. Namun sebagai lelaki saya kenalah memperuntukkan masa untuk bersamanya. Dapat jumpa atau keluar sekejap pun sudah memadai,” katanya. (rtky/s)