fbpx

Zul Ariffin Nafi Sombong Tolak Tawaran Drama

Kejayaan Zul Ariffin di dalam pentas drama menyebabkan ada spekulasi yang mengatakan bahawa dia kini mula sombong dan menolak tawaran berlakon yang diberikan untuk siaran sebuah televisyen bukan komersial.

BACA: Zul Ariffin Tidak Kisah Dimaki Demi Menjaga Privasi

“Khabar angin itu langsung tidak benar. Ia boleh menjejaskan reputasi saya sebagai pelakon,” kata pelakon itu yang menafikan perkara yang dipetik daripada sebuah akhbar sisipan mingguan ketika dihubungi mStar Online.

Selain perkara tersebut, Zul juga menafikan yang dia kini sudah mula mengupah beberapa pengawal keselamatan untuk menjaganya apatah lagi mula berasa rimas kerana sering diserbu peminat, sebaliknya dia hanya menggajikan seorang pembantu peribadi.

“Bukan pengawal keselamatan, tetapi PA (pembantu peribadi). Kalau saya nak upah pengawal keselamatan, saya akan pastikan individu tersebut lebih besar daripada saya. Tetapi individu bersama saya itu kecil daripada saya”

“Sebenarnya tidak ada apa yang perlu diperjelaskan atau komen kerana khabar angin itu mengarut,” jelasnya lagi. Macam-macam juga spekulasi melanda bila semakin di atas. Semoga Zul mampu menangani setiap perkara yang mendatang demi masa depan yang gemilang. (rtky/s)