fbpx

Zizan Razak Sudah Pun Hantar Rombongan Merisik

Menurut Metro Ahad hari ini melalui ruangan Cik Pang, khabarnya pelakon dan pengacara, Zizan Razak sudah pun menghantar rombongan merisik yang juga merupakan gadis sekampung iaitu dari Terengganu.

BACA: Zizan Razak: Dia Bukan Bakal Isteri Saya

Rombongan merisik keluarga Zizan dikatakan telah bertandang ke rumah si gadis pada Rabu minggu lalu malah ruangan itu juga berjaya mencungkil nama sebenar bakal isteri Zizan iaitu Nor Edura Diyana Hisham yang baru berumur 24 tahun dan menuntut dalam bidang perakaunan di universiti tempatan di Terengganu.

Bagaimanapun, ada khabar angin yang mengatakan bahawa Zizan sudah pun menjalin hubungan dengan gadis tersebut sejak selebriti itu masih bercinta dengan Emma namun perkara itu tidak diketahui benar atau pun tidak.

Si gadis juga dikatakan pernah bergambar bersama Emma di sebuah restoran tapi memperkenalkan diri sebagai peminat Emma. Malah apabila isu Zizan dan si gadis yang dikatakan sebagai orang ketiga itu muncul, Zizan berkali-kali menafikan dengan pihak media.

Apa-apa pun, semoga apa yang dilakukan oleh Zizan dapat menjawab pertanyaan orang ramai dan peminat. Lagi pun tidak salah jika Zizan berkongsi perkara baik sama ada sudah merisik atau bertunang, apatah lagi jika sudah berkahwin. (rtky/s)