Zizan Nin Tidak Benarkan Orang Awam Rakam Gambar Beliau

Ini lebih kepada luahan peribadi berbanding sifat sebenar Zizan Nin sendiri. Kami percaya Zizan Nin lebih baik daripada apa yang salah seorang staff kami alami.

Malam tadi, salah seorang jurukamera kami ke Mid Valley kerana mengetahui yang ada majlis pelancaran siri kosmetik baru keluaran jenama antarabangsa.

Dengan tanggapan akan hadir barisan selebriti untuk memeriahkan acara, staff kami pergi untuk mengambil gambar & mungkin temubual ringkas dengan sesiapa yang ada.

Kami kan publikasi kecil, siapa pun kami ketemu boleh kami jadikan cerita. Kebetulan, memang pertemuan staff kami dengan Zizan Nin menimbulkan cerita baru.

Ketika Zizan Nin sedang sibuk berurusan dengan salah seorang wartawan sebenar, staff kami cuba untuk mengambil gambar ala paparazzi.

Selepas kami dapat sekeping gambar, Zizan Nin kelihatan mahu beredar ke tempat lain bersama wartawan tersebut & sempat bertanyakan staff kami datang dari majalah mana.

Staff kami jawab dengan lurus bendul bahawa beliau hanya mengambil gambar untuk koleksi peribadi.

Cepat tangan Zizan Nin menutup lensa kamera staff kami sambil berkata, “no photo for personal use!”.

Terkesima sekejap staff kami apabila Zizan Nin berkata begitu kepada beliau. Mana staff kami tahu yang selebriti malam tersebut sangat eksklusif untuk media sahaja.

Bagi pihak staff kami kepada Zizan Nin, kami minta maaf jika tindakan staff kami mengganggu kerja awak malam tadi.

Namun tindakan Zizan Nin tidak mahu gambarnya di’ambil oleh orang awam semacam tidak menggambarkan sifat sebenar Zizan Nin yang kami kenali melalui media.

16 thoughts on “Zizan Nin Tidak Benarkan Orang Awam Rakam Gambar Beliau

  1. kenapa takleh pulak…. dia kan public figure… ni la artis malaysia…popular tak seberapa…. berlagak lebih…

  2. tak la. kan da ada isu ni. dia taknak sbb mke die srabai ngan jambang pe semua since komitmen with a drama need him to bjambang n srabai. ape la.

  3. aku rasa majlis tu mmg ekslusif. maybe for something yg x boleh di hadiri oleh media x berdaftar. kena la paham.
    masyarakat je yg x paham. sikit2..terus sombong..
    kalau semua orang mcm ni..mmg kolot la..
    kita orang islam kena la positif..stakat benda mcm ni pun terus ckp yg x elok tentang mamat ni.

  4. kalau majlis xclusif mana ada buat kat mid valley, sure la buat kat hotel ke club2 ke… kenapa lak kata masyarakat tak faham, kalau nak jadi artis kena open to public la coz u hak masyarakat…. who are u tanpa peminat… perangai tak elok patut kena tegur…

  5. aku setuju dgn zizan, educate skit wartawan tu jgn lurus bendul sgt, dah mcm paparazi pulak
    public figure pun bukannya bermaksud takde hak privacy langsung, ko ingat public figure bolehlah membuat sesuka ati
    respect org skit.

  6. ermm.. ape gune kalu dah bgelar artis tp xbg org capture gmbar?? kalu mcm tu lbh baik jgn jd artis…pminat smstinye nk bgambar ngn artis kesukaan..ape lah…

  7. hmmm… artis boleh larang org amik gamba. mcm pelik, aku org awam xleh plak. ada jugak beberapa kali org amik gamba aku tp xsempat nk kata apala, nk larang pun ada tu budak kecik yg datang depan aku n snap pastu bla tp apa pon aku harap gambar aku xdieksploitasi. hahaha

  8. korang sebarkan lah gambar korang sewenang2nya dlm internet..terus jadi public figure…tgklah apa akan jadi nanti…kalo korang xnak, maknanya korang pertahankan hak privacy korang..so, sendiri mau ingatlah….
    yang wartawan ni pun bodoh…ko ingat ko wartawan ada lesen besar mcm polis ke nak stop org ambik gambarlah itu inilah…
    xyahlah nak kutuk2 artis sgt…korang x suka adik beradik korang kemaruk macam nak mati…melayu mudah lupa…kutuk org pandai bila jadi kat batang hidung sendiri baru padan..

  9. apa2 event xkira dimana, kalau kita tidak di jemput kira exclusive lah tu…zizan tu artis yg di jemput melintasi karpet merah kira exclusivelah tu…korang yg mengutuk x tentu pasal ni…exclusive ke neraka jahanam, dosa kering…xtau hujung pangkal cerita terus nak emosi x tentu arah..nilah golongan yg buta hati..bukannya mata sahaja…wallahualam…

  10. aku setuju dengan antizionis,inzu,lol,izzat,zazarina..nasibla ada melayu yg educated and quite understanding kat sini, yg lain2 tu jgn fikirla elok2 skit, artist tu mmg public figure..so klu public figure semua org bole buat apa saje kat dorg and bole exploit dorg sesuka hati sebab korang claim public figure? kena pahamla situation artist dan keadaan kehidupan kita skrang nie, espeacially dgn wujudnya blog2 free,contohnya blog rotikaya nie, blog beautiful nara etc etc..semua berebut nak cari isu panas psl artis..tempat org meluahkan apa saja, lepas tu tru blog boleh buat duit lagi, byk visitors bykla duit, so org mula ambik kesempatan exploitkan artist utk kepentingan sendiri, artist pun mgkin dah phobia org2 luar snap gambar tak tentu psl, takut akan dijadikan isu itu ini,apasalahnya klu mereka menjaga diri mereka supaya tak diexploitasikan, wartawan karat nie ambik gambar nak masuk dlm blog dorg, of cosla dorg marah, nak2 curi snap gambar tali bra artist ternampakla, peha artist gebu la, muka artist byk jerawat la, artist nie duduk nmpak sluar dlm laa..mcm2, klu kita ada niat yg baik, apa2 pun mintak kebenaran dulu jgn main redah jer, tgh org sibuk2 main snap jer gambar of cosla org tanya apahal?? byk perkara aib artist suka digembar gemburkan..laaa tak payahla..klu minat sgt mintak cara baik im sure artist pun lembut hati, dorg pun tau kan dorg dikelilingi peminat, tapi zaman skrang nie mgkin dorg phobia sebab byk salah guna dlm blog, sekadar nak berkongsi..thanks for reading guys.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>