fbpx

Zarina Zainuddin Tarik Diri Lakon Watak Buka Tudung

Sebelum ini Zarina Zainuddin tegas menjelaskan walaupun dirinya sudah berhijab namun beliau masih perlu membuka tudung untuk sesetengah watak demi mencari sesuap nasi. Tetapi nampaknya pelakon itu berubah fikiran, enggan dikatakan mempermainkan agama lagi, Zarina menarik diri daripada melakonkan watak tersebut.

BACA: “Berhijrah Tak Bermakna Saya Sempurna 100%”

“Kak Ina sudah berbincang dengan penerbit dan alhamdulilah, kakak tak jadi teruskan ambil watak tersebut. Kakak tolak cara baik dan terangkan pada penerbit. Penerbit pun faham situasi yang Kak Ina lalui sekarang ini. Berkenaan dengan babak yang dah shoot tu, mereka akan reshoot semula dan watak akak akan digantikan dengan orang lain”

“Terima kasih kepada semua. Doakan Kak Ina dapat cari rezeki untuk anak-anak. Kami harapkan duit pulut kuning sahaja dan lakonan akak. Semoga Allah permudahkan jalan hidup Akak untuk terus membesarkan anak dan memberi kehidupan yang selesa untuk mereka. Amin,” jelasnya kepada Media Hiburan mengenai perkara itu.

Memang besar pengorbanan yang dilakukan Zarina, sebagai pelakon juga bukanlah mudah untuk mendapat tawaran drama 100 episod sebegitu namun ternyata Zarina mementingkan penghijrahannya berbanding wang ringgit. Diharap selepas ini Zarina akan terus kuat istiqamah dan dimurahkan rezeki yang lain. (rtky/w)