fbpx

Zarina Anjoulie Mengaku Salah Miliki Dadah, Denda RM5,000

Pelakon dan juga model, Zarina Anjoulie didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan dadah jenis Methamphetamine, tiga tahun lepas. Majistret Mohd Nazri Omran turut memerintahkan Zarina, atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 29, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

BACA: Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Zarina Anjoulie

Dendanya itu telah dibayar oleh bapanya. Sementara itu,mahkamah juga memerintahkan pelakon kacukan Melayu, Iran dan Scotland itu yang terkenal dengan drama bersiri Anak Pontianak menjalani tiga tahun pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bermula Khamis.

Sebelum ini, dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan tetapi menukar pengakuan hari ini selepas mahkamah mendengar keterangan enam saksi pendakwaan. Zarina didakwa menggunakan dadah jenis methamphetamine dan air kencingnya didapati positif dadah jenis tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Narkotik Damansara di sini pada 8.10 malam, 30 Dis 2012 mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000. (rtky/s)