fbpx

Zarina Anjoulie Kini Bercinta Dengan Kaki Pukul Isteri?

Kami menerima emel daripada sumber yang mendakwa bahawa lelaki yang kini sedang bersama dengan Zarina Anjoulie bukan saja suami orang malah dia juga merupakan seorang kaki pukul serta baru sahaja keluar daripada lokap baru-baru ini.

BACA: Zarina Anjoulie Muat Naik Foto Intim di Instagram

Zarian Anjoulie Bercinta Dengan Kaki Pukul Isteri? - ROTIKAYA

Malah perkara itu juga mendapat perhatian isteri kepada lelaki berkenaan (seorang jurusolek dari Brunei), apabila dia turut memuat naik gambar kecederaan yang dialaminya di bahagian muka serta gambar mesej lelaki berkenaan seakan memujuk wanita yang dikenali sebagai Auni Ali di Instagram itu agar kembali menerimanya.

Zarina Anjoulie Bercinta Dengan Kaki Pukul Isteri? - ROTIKAYA_in2

Menguatkan lagi dakwaan bahawa wanita berkenaan adalah isteri lelaki tersebut apabila dia turut memuat naik gambar Zarina Anjoulie bersama suaminya dan dalam masa yang sama turut bertanyakan kepada orang ramai, siapakah gerangan si Zarina.

Jika benar perkara ini, perlu ada pihak tampil untuk memperbetulkan keadaan. Kasihan juga melihat setiap langkah Zarina Anjoulie untuk mendapat perhatian orang ramai akhirnya mengheret kepada sesuatu yang lebih besar dan bermasalah. Semoga semuanya selamat belaka. (rtky/s)