fbpx

Zamani Slam Didakwa Larikan Diri Dari Pusat Pemulihan

Menerusi laporan daripada BH Online, vokalis kumpulan Slam, Zamani, didakwa telah melarikan diri daripada rumah pemulihan, PENGASIH malam tadi dengan menaiki sebuah kereta bersama individu tidak dikenali.

BACA: Zamani Azan & Solat Dengan Penghuni Pengasih Lain

Yang Dipertua Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Yunus Pathi Mohd, berkata penyanyi itu dikesan menaiki sebuah kereta berwarna putih bersama dua individu yang tidak dikenali pada jam 10.26 malam tadi.

“Kereta itu dilihat memasuki kawasan Rumah PENGASIH dan terus berlalu pergi berdasarkan penelitian rakaman kamera litar tertutup,” katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, Yunus berkata, laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian itu.

Sementara itu, sumber terdekat Zamani menjelaskan isu melarikan diri tidak timbul kerana tiada perintah mahkamah untuk menempatkan beliau di pusat rawatan berkenaan.

Sebelum ini, Zamani didenda RM5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lalu. Zamani turut diperintahkan menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

UPDATE-1: Melalui laporan BH Online, pengurus Zamani, Johan Aziz menjelaskan bahawa tempoh rawatan Zamani selama enam bulan di pusat pemulihan tersebut telah tamat. Selain menyatakan bagi pihak Zamani bahawa penyanyi tersebut ingin kembali aktif di dalam bidang seni. (rtky/s)