fbpx

Zamani Hasrat Mahu Tunai Umrah

Selepas melalui pelbagai pengalaman hitam didalam hidup serta kerjayanya, Zamani Slam kini berhasrat untuk menunaikan ibadah Umrah pula pada hujung tahun ini. Beliau juga pada masa yang sama berasa gembira kerana dirinya diterima baik oleh peminat dan masyarakat selepas didapati bersalah atas kesalahan dadah tahun lalu.

BACA: Zamani Slam Akui Rancang Tamatkan Zaman Bujang

“Saya pun sudah berusia 45 tahun, masih belum dapat ke Makkah sama ada untuk mengerjakan umrah atau ibadah haji. Sekiranya diizinkan Allah SWT, saya bercadang untuk mengerjakan umrah hujung tahun ini. Diharapkan semua pihak mendoakan agar ia menjadi kenyataan”

“Saya nak menghargai mereka yang banyak bersusah-payah untuk saya. Sekiranya ada rezeki lebih, saya juga berhajat ingin buat upah umrah untuk arwah ibu dan bapa saya,” katanya kepada Harian Metro berhubung hasratnya yang ingin menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga.

Sebelum ini, Zamani pernah menyatakan keinginannya untuk mendirikan rumah tangga sama seperti orang lain selepas sudah lama hidup bersendirian. Pada masa yang sama, beliau turut menepis dakwaan mengatakan dirinya terlalu memilih dalam mencari pasangan hidup, sedangkan urusan jodoh adalah di tangan Tuhan. (rkty/w)