fbpx

Zainol MacWilson Selamat Diijabkabul?

Melalui satu kiriman emel kepada kami bersama sekeping gambar, sumber tersebut telah mendakwa bahawa bapa kepada pelakon Zahirah MacWilson iaitu Zainol MacWilson telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pada 19 Jun lalu di Kangar, Perlis.

BACA: Bapa Zahirah MacWilson Nafi Berfoya Dengan Duit Anak

Selain itu menurut sumber tersebut, pernikahan yang berlangsung turut tidak diketahui oleh anak kandungnya sendiri dan tidak dihebahkan berikutan permintaan daripada keluarga pihak wanita.

Sebelum ini, bekas isteri Zainol pernah mendedahkan perbualan di antara Zainol dengan seorang individu yang didakwa sebagai seorang ustazah yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka. Untuk pengetahuan, wanita yang dinikahi Zainol bukanlah ustazah tersebut.

Jika benar seperti apa yang didakwa, semoga pasangan ini akan akan sentiasa dilimpahi bahagia. Pastinya Zainol sendiri mempunyai sebab mengapa perkara tersebut tidak dihebahkan kepada orang ramai. (rtky/s)